.Sat saja no dah pon jumaat..Xlama dah nak Menyambut Bln Ramadan Al Mubarak pula..Mudah2an taun ni makin bertambah la amalan Aku.
Actually share rcp ni pon saham akhirat n penambah pahala juga..Mudah2an Allah terima la sedikit kebaikkan yg aku buat ni ..
Amacam gebuu x apam pisang yg aku buat ni..??Bkn saja gebus tapi sedap juga hampa tau x ..
Makan masa suam2 pas kukus tu,pergh nikmat sungguh hampaaa.
1 Adunan dpt byk juga..Aku siap antaq kat jiran n
frozenkan ckit apam ni..
Nak buat pnya la senang giler,sedap plak tuu..Kalo hampa xcaya blh la try buat nti..
Resepi Apam Pisang Sedap, Gebus ,Mudah &Lembut
Apam Pisang Aku kat YouTube
Bahan A
7/8 Biji Pisang Emas / 6 biji Pisang Berangan
3/4 Cawan Gula
2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Sudu Teh Double Action Baking Powder
Secubit garam
Bahan B
3 Biji Telur
1 Cawan Minyak Jagung / Minyak Masak
2 Cawan Tepung Gandum
Hiasan
Pisang yg di hiris nipis
Cara2
Pukul Telur hingga berbuih
Masukkan Minyak,gaul sebati
Masukkan pula tepung gaul hingga sebati,dan ketepikan dahulu.
Pisang Dilecek hingga halus..
Satukan semua bahan A dan ketepikan dahulu
Tuangkan adunan bahan A ke dalam Adunan B,Gaul hingga Sebati secara kaup balik.
Perap atau biarkan selama 30 minit..
Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil. (Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
Letak hirisan pisang sebagai hiasan
Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (kalau gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 - 45 minit).
TIPS .. Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
... Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.
Hirisan pisang utk hiasan kena nipis,barula pisang tak tenggelam ke dalam.