Monday, February 21, 2011

Syazana In Action


Dah lama xcite ttg puteri sulung aku ni kan,Sian ank ummi ni kan,
Syazana skang nih dah 15bln,sjak da adk nih perangai dia makin la mnjadi,manja punya la gila2,kalu nmpak kita pegang adik dia jer mmg dia jelouse..Tambah2 kalu abah yg pgang adik syifa lagi la dia merap2 kat abah nak suh dukung dia,lagi abah xletak adik syifa lagi tula dia duk nangis.Sejak ada adk juga dia dah kurang mnja ngan ummi,tmbh2 kalu abh da umh,mmg xnak la kat ummi.Sejak ummi lam pantang ritu la,kan ummi xleh dukung dia n ashik bagi prhatian kat adk syifa jer.
Syazana nih mmg suka sgt cium adk syifa,kalu nak di kira xtau la shri tu smpai bape kali adknya dia cium,leh smp 100 kali pa..Ishk syg sungguh kat adk,kalu xsuruh cium pun,mmg dia akn cium adk dia,tapiiiiii kdng2 tu smbil2 cium tu,dia wat mcm2 gakla kat adk syifa nih,plg dia suka wat sgt tarik sarung tgn n kaki adk syifa,tmpar n tendang pun dah pernah,mmg xleh biar depa 2 org ni wlpun skjab..
Sgt la suka memunggah lani,kalu kat dapur tu habis la pntu2 kabinet yg dia buka n kluarkan pa yg da tu,kalu ummi lipat kain dia lagi la suka kacau ummi tarik2 kain bju tu bagi selerak..Lagi yg dia suka sgt,pntng jmpa tisu n paper msti dia koyak2 smp la kecik,baru puas hati dia.
Baru ni umur 14bln pegi klnk tmbang,syazana dah 9.4kg.Suka mkn pa jer yg kita suap,emm plg suka coklat la..Biskut jacob pun suka juga..Byk lagi ummi nak cita pasai ank ummi yg sorang nih,tapi nnti bila2 ummi cite lain yer.

Tidur smpai trlentok lam keta,dahh xmuat dah raga nih,bgi adk syifa lak yer syg..

Senyum smpul smp nmpak gigi bawah 2batng,hahaha..



Chewah2 syok la main playhouse yg abh baru beli nih,Akceli kat giant da ofer play house nih weekend baru nih,tula hubby beli kan utk syazana..

Sibuk la nak main tudung ummi.

Pic ngan bebe kesayangn..Time nih abh blm gunting rmbut syazana,skang nih smp kontot rmbut depan tu,tula gara2 xmo duk diam time abah nak gunting rambut..

Ayam Tandoori


Ayam nih juga utk digandingkan ngan nasi beriani di bawah sinun..Sedap ayam nih,sllu tu mkn tandoori kat kedai mamak jer,nih dah da resepi leh la wat sendiri,lagi sedap,yg penting kebersihan terjamin n halal,berkat ckit jamu hubby n ank2 air tangan kita sendiri,kalau kat mana diorang pergi pun,sure akn igtkan kita,Lagipun mak aku ckp,nak basuk beras,ayam @sewaktu dgnya kena berselawat,alhamdulillah itu la yg aku amalkan smp sekarang..K la resepi ayam yg sedappp sgt nih aku c/p dari sini,K kepada yg nak try tu,sgt2 la d rekemenkan,sebab sedap sgt..

+ 2 ekor ayam – belah 4(Aku wat 1/2ekor ayam jer)
Sumber resepi~Chef Nizam
Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.*(Aku letak plain yogurt jer)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..*(Aku pun sama gak pewarna merah dah abis,baru jer g beli)
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.*(Aku perap semalaman)
Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170°c selama 1 jam

Mkn juga ngan acar buah yg mklong aku bagi.

Nasi Beriani n Daging kashmir



Salam n Slamat pagi,hari ni awai kan aku bersiaran,yerla ank2 tgh tdur kan,len la ummi curi masa jab,jbgi baru nak masak utk lunch.Lani lunch aku msk awai lam kul9 cmtu la,kat2 hubby nak blk hngatkan len,coz ank2 xbgn lagi.Nasi beriani nih aku msk ari khmis baru2 nih,hubby mmg suka sgt ngan nasi beriani..Alhamdulillah hubby puji sedap,syazana pun mkn byk juga.Hehe xla penat aku msk kan..Resepi aku amik kat dapur kak ummi zaihadi yg pandai msk tuh..Kak ummi mnta izin yer nak memanjangkan resepi dicini lak yer....
*Utk sukatan Beras aku hanya mnggunakan 2cawan,tapi sukatan utk bebahan di bawah aku letak ikut resepi,coz pas adunan rempah2 nih pekat aku ambk half ukt masak daging n half utk masak nasi,wakaka dasar malas nak masak kan..Utk masak daging aku cuma tmbhkan kentang,coz hubby n syazana suka kntang..Kiranya daging masak beriani la,sedap weh..


Sumber ~ kak ummi kuantan
Bahan:-
1 kg beras basmathi, cuci dan toskan
100 gm minyak sapi Ghee
2 camca besar tomato puree
1450 ml air
100 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
100 ml dadih (plain yogurt)
garam secukupnya
kismis dan badam untuk hiasan(Aku xletak)
daun bawang - tabur(aku letak daun pudina,utk lbh aroma)
(Aku add daun pandan smpulkan,serai d titik)
Bahan rempah campur:-
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
2 camca besar serbuk ketumbar
2 camca teh garam masala
4 kuntum bunga cengkih
(Aku add rempah beriani maggie 1sb)
Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 biji cili hijau
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah campur hingga wangi. Masukkan tomato puree dan bahan kisar. Kacau 3 - 4 minit atau hingga terbit minyak. Masukkan beras, gaul selama 2 minit. Tuang air, susu cair, garam dan dadih. Gaul rata dan biarkan menggelegak sambil dikacau. Apabila telah kering airnya, tutup periuk dan perlahankan api. (ummi tumis guna periuk elektrik dan apabila beras telah dicampurkan semuanya..tekan je suis dan letak periuk elektrik tu dan biarkan masak mcm bese). Bila nasi telah masak, taburkan kismis dan badam (x letak badam pun). Taburkan bawang goreng dan daun bawang bila menghidang.

Sunday, February 20, 2011

Sotong Bersos Plum


Ermmm sedapppppp..


Menu nih pun aku msk mggu lpas gak,beli sos plum semata2 nak wat menu nih sbb trgoda time lam pantang ritu gak..Aku tgk kak nor,kak izah,kak mas n ramai lagi dah mncuba,so aku pun xketinggalan gak la..Mmg sedap pun resepi nih..Resepi asal ialah udang,aku n kak izah telah tukarkan kepada sotong,Aku juga telah derhaka kat resepi nih ckit,p tmbah cili padi cm kak izah n cili kisar..Maaf la tuan punya resepi,derhaka cikit..K la,minta izin nak memenjangkan resepi ni disini n rujukan d masa depan..

UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : Kak Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar *tukar ngan sotong digoreng sebentar?(sama cam kak izah,aku tukar sotong gak)
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu tak letak sbb tak ada stok
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ tak letak sbb tak ada stok
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
*(Aku tambah cili padi 2biji+cili kisar 1cmt)
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Saturday, February 19, 2011

Ayam Cencaluk



Salam pagi ahad semua,dah lama xhapdet blog nih,sejak da si kecik yg makin tembam nih,makin bz la ckit,tapi sebenarnya bz ngan c kakak yg makin mnjadi2 skang nih pun ya juga,maybe jelouse kat adiknya la tu..Ni pun dak kecik tgh bum2,c kakak ni lak cam tau2 jer aku nak up date blog,dia pun bgn lak,sekbek laling tlg layan jab sementara ummi update blog,yerla pagi2 tadi pas solat jer aku dah wat bf nasi lemak utk kami,kiranyer hubby n aku dah kenyang la melantak awal2 tadi..wakaka..Lauk nih aku masak last week lagi,mmg sedap n akn di ulang n ulang lagi..Masa CMG tayang resepi nih aku lam pantang lagi,so tahan air liuq jerla,Hahaha..Cmg mnta izin c/p resepi yg sedp nih d c ni ya..

AYAM CENCALOK
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)

* 8 ulas bawang merah*
* 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
* 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
* 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
* 3 helai daun limua purut
* 1/2 cawan jus asam jawa
* 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
* 2 camca besar gula
* 2 biji cili merah, hiris
* 2 biji cili hijau, hiris
* 8 biji bawang merah*
* 2 cm kunyit hidup*
* 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
* Garam (jika perlu)
* 1 cawan air
Aku msk kring2 cikit,hehe.
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Saturday, January 15, 2011

Coming back n My new Baby

Assalamualaikum n salam sejahtera wat semua yg masih sudi melihat blog yg dah lama menyepi nih..Niat hati cam nak ttp jer blog nih,tapi syg lak,yerla bermula ngan suka2 mncari resepi,sampai la terus jadi follower n silent rider bbrapa blog n last year suka2 wat blog sendri kan..Dah lama aku mnyepi diri,bkn xmsk n xda cita menarik,tapi penyakit M byk lam badan,tambah2 lak tgh prgnt ritu kan..
Alhamdulillah 29/12/2010 taun lps wlpn baru 18ari jerkan,aku dah slmat melahirkan seorang lagi puteri tanda cinta kami ke dunia nih,(pasni kena cari byk2 info utk nak dpt bby boy lak,hahha).
Due date aku bersalin 28hb,28hb gak aku da apmnmt ngan Dr Mrs Yeap kat Hospital Pantai Mutiara at 3pm utk wat CTG,pas wat CTG n Scan Dr bgtau Baby besar juga lam 3.5-3.6kg,so dia xgalakkan aku ggu lbh lama lagi,takut nnti mybe aku dah xleh brsln nrmal.Time tu gak hubby bgtau Dr yg mlm nnti kami nak datng utk induce,Mlm tu kami smp kat pantai hospital lam kul 12:20++ tgh mlm,kira dah masuk ari rabu la,terus register n kami nek atas tgkt 1 utk ke labour room,pas tukaq baju,lam kul 12:50am nurse dtg utk mskkan 1/4 bji ubt,psg alat CTG,hubby mmg setia mnemani aku,pas 2jam mula trsa skit ckit2 jer,lam kul3am aku suh hubby blk brehat kat umah dlu,klu da pa2 nnti aku cll,pas hubby blk nurse tya aku nak ubat tiduq x,dia kata nak bgi aku rest,sbb kalu xtiduq xda tenaga nak push nnti,aku pun ok ja,mkn ubat 1biji,tapi aku still xngantuk pun,Pas subuh,lam kul 6:40am hubby dtg blk,time nih aku asa skit dah mula mningkat.
8:00am-11am,aku rasa skit mmg dah mkn bertambah,nurse dtg check bukaan nsb la dah mkn mningkat,time kul0 dah 5ke 6cm dah,ku10 tu aku asa sakit mmg dah teruk sgt,hubby mmg dah xtahan tgk aku tanggung skit,hubby suh aku amk epidural jer,aku pun setuju sbb dah asa cam xleh nak tahan,tiap kali asaskit jer aku mula la genggam tgn hubby ngan kuat betoi la,sekbek xlebam kan.Hubby pggl nurse bgtau yg aku nak amk epidural,nurse kta aku kna tggu skjb,coz dr da lam blk opret,dr dtg lam kul11,dia da tya btoi ka aku nak amk epidural,aku kta ya sbb dah xtahan skit dah,dr check bukaan dah 6+,so dia pujuk aku kata xyah la n suh aku tahan sakit skjab jer lagi,gpun dia kta bla amk epidural nih,xkan asa skit lngsung n cmner nak push kalu xasa skit kan,dia jga kta nnti takut aku xleh push,dia trpaksa vakum klq kpla ank aku n teruih la aku xjdi nk amk epidural.Jenuh gak la aku nak mnahan skit yg mkn mningkat nih.
Kul12++bkaan dah 7 ke8,time nih aku dah mula terasa nak push,bla aku push2 ckit2,tiba2 jer trkeluar t**k,aku pun suh la hubby klq pggl nurse,cian lak aku kat nurse tu,aku ckp sorry la,dia lak kata xpa2 mmg dah kja dia,aku bgtau,aku mmg dah asa nak push dah tu la smp dah trkluar t**k tu,dia pun kalut la check bkaan,erm dah 9cm,dia pggl nurse yg sorng lgi n Dr,time nila baru depa nak siap2 klngkapan semua tu.
Alhamdulillah ngan beberapa kali push jer slmat la aku melahirkan Siti Nursyifa Darwisya Bt Sazali yg mmbawa mksud (Cahaya penawar@penyembuh,warak)seberat 3.45kg ke dunia nih,Kali nih aku asa sng ckit nak push,dlu time syazana pya lama n byk kali push baru la dia klq..Alhamdulillah n Syukur yg xterhingga ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan n aku slmat brsalin..
Khas buat hubbyku tercinta terima kasih kerana sentiasa berada d sampingku ketika aku sedang berjuang utk melahirkan zuriat kita,time sakit tu tah bape kali aku mnta ampun maaf n mnta dihalalkan sumuanya kat hubbyku,yerla keampunan dari hubby n ibu penting tau,aku takut jga, mana la tau kan,nyawa aku xpanjang ka.
K la layan dulu pic2 bb yer,da masa nnti aku update lagi yer.. Byeeeee

Baru kluar dari perut ummi..

Beberapa jam pas lahir..

Da blk umah..

Kasihnya kakak pada adk..

Abah pun nak tium pipi syifa..


Luasnyer nganga moulut..

Monday, October 18, 2010

Majlis Hari Lahir n Open House

Salam semua,dah lama aku xupdate blog nih..Hari ni baru la berkesempatan nak mnghapdet..Da lagi ke yg nak mnjengah kat blog aku yg sempoi2 jerk nih..Xpa wlpun xda yg nak mnjenguk pun, aku update la juga,utk tatapan n knangan kami nanti..
Sebenarnya majlis utk besday aku ni dah sebulan lebih brlalu,dah alang2 12hb9 ritu iaitu brsamaan hari raya ke3 tu besday aku,so wat la skli open house..Antara menu yg sempoi2 jerk ritu,bihun n mee sup,spaghetti,ketupat n serunding daging,nasi impit n sate brserta kuah kacang,pencuci mulut buah tmbikai..
Besday kali nih mmg sgt special bagi aku coz,aku dah mnjadi seorang ummi n hubby lak bagi present yg mmg sempoi n aku xsangka,selain dari bagi lagi sorang yg kat dlm nih,hahha..Xpa la kan dah rezeki syazana nak dpt adk awai..Tula dia sllu duk hisap ibu jari kaki sgt..Org tua2 kata tu tanda dia nak minta adik,Kalu abah nak minta anak cmner lak yer,aippp pok ckit sapa yg nak gelak tu..K la k la meh kita layan pic yg dah basi ni yer..

Happy Birthday Honey,I Love U..Ececee kata2 atas kek,yg hubby suh tulis,

Xyah ssh2 la nak kira lilin kan,meh aku bgtau,umuq aku dah masuk 28 dah..

Aktiviti suap menyuap bermula..


Aksi2 Tuan umah 3beranak..





Sama,tapi xserupa..
Syazana n nafisa pakai baju sama..Sebenanya b4 family hubby datng syazana pakai baju len,tapi mak chaq dia beli kan baju yg sama utk syazana,nafisa n farah,tu la sbb nya baju diorang nih sama,tapi sayangnya farah xnak join brgambar dgn diorang brdua..


Antara juadah yg sempat di ambil gambar,tuan umah bz sgt ka malu nak ambil pic makanannih..!


Sate yg di bakar guna dapur gas jer,tapi rasanya ttp sedap..