Monday, February 21, 2011

Ayam Tandoori


Ayam nih juga utk digandingkan ngan nasi beriani di bawah sinun..Sedap ayam nih,sllu tu mkn tandoori kat kedai mamak jer,nih dah da resepi leh la wat sendiri,lagi sedap,yg penting kebersihan terjamin n halal,berkat ckit jamu hubby n ank2 air tangan kita sendiri,kalau kat mana diorang pergi pun,sure akn igtkan kita,Lagipun mak aku ckp,nak basuk beras,ayam @sewaktu dgnya kena berselawat,alhamdulillah itu la yg aku amalkan smp sekarang..K la resepi ayam yg sedappp sgt nih aku c/p dari sini,K kepada yg nak try tu,sgt2 la d rekemenkan,sebab sedap sgt..

+ 2 ekor ayam – belah 4(Aku wat 1/2ekor ayam jer)
Sumber resepi~Chef Nizam
Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.*(Aku letak plain yogurt jer)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..*(Aku pun sama gak pewarna merah dah abis,baru jer g beli)
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.*(Aku perap semalaman)
Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170°c selama 1 jam

Mkn juga ngan acar buah yg mklong aku bagi.

4 comments:

زاريرح زبيدي said...

salam kak..amboi lamanya kak x tnjk resipi kat sini kan..heheh..bnyk resipi baru ni..suma tgk sedap2 sgt..heheh..pasni irah nk try wat ayam tandori...

Zalieda Zaliedana said...

Waalaikumsalam irah,tula dah lma xletak n3 makanan n resepi nih,pic2 pun byk yg xpost lagi dri b4 bersalin lagi..Try la irah resepi nih mmg sedap..Akak pun kalu nak mkn ayam tandoori mmg akn guna resepi ni jer nanti.

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Tq kerana sudi singgah kat my homework. Salam Kenal. Zaidah ftime hwife ke? Daiso kat tingkat 2@3 north wing

Zalieda Zaliedana said...

Waalaikumsalam kak sam.Tq gak sudi jenguk n follow blog sy yg xsberapa ni,Ya,f/time h/wife kak.
Oyaka tq 4 info,nnti leh pegi..