Wednesday, March 23, 2011

Menu Lunch Ala Kampung,Sedapppp..


Assalam n selamat hari rabu semua,wah sekejab jer dah ari rabu kan..Pastu dah abis 1mggu n nak masuk lak bln 4,eh bln 4,bln april nih besday cek abg,wah kena beli pa yg patut@masak pa2 la nnti,ngee..Aku mmg masak awal utk lunch,sejak da syifa nih,dlm kul10 camtuh dah siap masak lauk pauk,kalo nasi lak aku masak dlm kul 11:30,coz hubby sampai umah dlm kul 12:05,so nasi panas2 ler,lauk pauk aku panaskan lam microwave jer b4 hubby blk tuh,yerla kalo nak masak lambat,pkai xmasak la,ngan dak berdua nih,mmg kelam kabut ckit pagi2 nih,mna nak mandikan diorang,nak suap mkn kat nana lagi,nak basuh baju bagai,ekceli pakaian dak 2 org ni ja aku basuh tangan,yg len tuh hubby basuh mesin ajer..Bab basuh n sidai2 nih mmg hubby la yg tlg,tah dari awal khwin lagi mmg camtu,hubby aku nih rajin sidai baju,ngee..Alhamdulillah la dpt hubby yg rajin,tapi bab masak mmg dia xtau langsung,goreng telur pong xpernah lagi la sejak khwin kat 3taun nih,muehehe..Tapi xperbiar dia mkn n mimum air tangan bini,wlau kat mana dia p pong,diamsti akan ingat betapa sedapnyer masakkan dari air tangan bini dia,chewah mcm sedap sgt kan,hehe..Sebenaqnya nak khabor rini hubby mkn lunch n puji semua sedap,yg lawak lak tuh nana besa la mmg pengacau tiap kali kami mkn,wlpun dia dah kenyang,hubby siap kata kat nana,ishk nana nih xsenang betoi abah nak mkn,dah la ummi masak sedap sgt nih,hehe,tersenyum simpul che bedah kat sebelah tuh.muahaha..




Resepi Kerabu Jantung Pisang Bersotong
Half biji jantung pisang(direbus hingga empuk,n di hiris halus)
1 ekor Sotong (sotong dikelar n dimasak bersama secubit garam utk keringkan air,aku xletak air,just masak lam nonstick pan)
2 biji limau nipis
1 batang serai (Di hiris halus)
Sedikit bunga kantan (Di hiris halus)
1 Biji cili merah (Di hiris halus)
2 Ulas bawang merah (Di hiris halus)
Daun ketumbar (Di cincang)
11/2 sdb Sos ikan
1/2 sdb madu(Kalo nak letak gula pong ok ja)
garam (Kalo xcukup masin,ikut rasa)
Cili padi (Optional)



Cara-cara
Dlmmangkuk besar,gaul mesra semua bahan,sesuaikan rasa masam,masin,manis,pedas dan boleh la dihidang kan bersama nasi putih,sedap u..

Ok menu kami seterusnya:-



Resepi Masak Lemak Ketam Bernenas
3Ekor ketam dicuci bersih n di belah 2
santan kelapa (Aku letak rm1)
3 Ulas bawang merah (ditumbuk)
1 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Inci Halia(ditumbuk)
cili padi 4 biji (ditumbuk)
1Batang serai (dititik)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Sedikit nenas di potong nipis
Daun kunyit dihiris halus(optional)
Air secukupnya (utk kuah yg pekat letak ckit jerla)


Cara-cara

Campurkan sedikit air bersama semua bahan yg ditumbuk,masak diatas api sehingga mendidih sedikit,masukkan ketam.seterlah ketam masak masukkan santan,biarkan sehingga betul2 mendidih n pekat,blh di masukkan nenas,apabila nenas layu ckit,tutup api,taburkan sedikit daun kunyit,n bleh la di hidangkan.

*Semua resepi adalah ikut citarasa tekak kami jer,Seterusnya pelengkap menu2 kat atas tuh,aku masak juga daging goreng lada hitam,ikan masin,ulam jantung pisang rebus,bendi n pucuk ubi yg di celur,pstt pucuk ubi baru petik pokok depan rumah ok,bkn yg beli kat market,ayat org berlagak,hehe..




MACEH SEMUA SUDI LUANGKAN MASA MENATAP BLOG KU YG XSEBERAPA INI,SOKONGAN DARI ANDA SEMUA SGT LA DI HARGAI,LEBIUUUU..MUAHHH..

Tuesday, March 22, 2011

Pizza Tembam


Assalam semua,mesti dah kenyang kan,wat pe utk minum ptg..Aku wat pizza jer rini,request dari En Sazali..Kali nih utk base guna resepi ros lak..Sepatutnya doh tu kena bahagi 2,tapi oleh sbb puteri2 tersayang mood xbape ok,n time aku nak buat tu lak syifa lak duk merap jer,maybe xsedap perut kut,rini cirit jer dia,mak aku kata baby kalo cirit tu,mmg normal coz nak blh nerap,merangkak n etc..Tahla aku pong xtau la sejauh mana kebenaran tuh..Eh berbalik pasai pizza nih,hubby aku yg letak nama pizza tembam,coz pas bakar tu pizza tuh nmpak punya la tembam,dia yg suggest kata letak nama pizza tembam lam blog,muehehe..Kami melantak sorang sekeping jer,mmg dah kenyang,mlm nih continue mkn lagi n aku dah gtau hubby tadi,kalo xabis suh dia bf ngan pizza nih aje esok,dasr bini pemalaskan,bkn malas tapi nak jimat masa,tenaga,letrik,air n duit ok,ngee..Kan ayam dah nek rega,Weekend bbaru ni aku beli,punya la terkejut rm9 utk 1kg,tapi beli la gak sekoq,hehe..K la dak kecik nih dah continue melalak,xleh dahla nak taip panjang lebor lagi,daa..Ros mekasih utk resepi yer..



*Nak tengok versi cantik n kemas tgk kat dapur ros yer..
Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis


*untuk filling*Aku men letak pa yg da jer,sosej,crabstick,lada benggala ijo n merah,nenas,ciken ham,daging cincang n tomato.
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.
*AMIK GAMBOR PONG KALUT2,SEPATUTNYA KENA LETAK NAMA PIZZA KALUT VERSI TEMBAM KUT,ngee..

Nak selit gak muka dak kecik yg tgh melalak nih,ngee..


Pas dah balun nenen tuh,nila kja dia,ngee..

Kek Lapis Bumi Kak Sue


Kek nih wat mlm tadi,kat kul 12 dah baru start projek nih..Sebenarnyer dah lama teringin nak try resepi kak sue nih,semalam baru la tertunai hasrat di hati,xpernah lagi aku beli mentega golden churn nih,ni la seumur idup beli mentega mahai nih,selalu tuh beli yg jenama buttercup jer,ngee..Start projek lambat,coz bagi anak2 tidur dulu,selesai melapis,mencuci bagai kul2 lbh gakla baru tiduq..Semalam time panas2 gak dah potong,coz xsabar nak lihat hasilnya n rasa,dasar gelojos kan,muehehe..Pic pong amk smlm gakla,ngee..Alhamdulillah hubby ckp sedap,erm rasa cam nescafe ler hubby kata,aku kata la,yerladah boh nescafe,ishk laki aku nih..
Akceli periuk pengukus aku tuh kecik jer,xmuat ler loyang 4segi,so aku bakar cara waterbath jer kek nih,suhu aku men hentam jer letak 160,hehe..Bila2 nnti insyaAllah nak try kek lapis asam manis lak,hehe..


Mentega yg aku guna,kalo xda pic nih,nanti da yg kata aku propa jer lebih,ngee..

Sumber resepi:- Mama Zhariff
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)

* 220g Mentega (untuk kek lapis yg sedap,guna golden churn)
* 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
* 110g /1 Gelas tepung gandum
* 5 Biji telur
* 150g seri kaya
* 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
* 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
* 1/2 penutup botol esen vanilla
* Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya



Cara-cara

1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata.
2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan)
6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata

(Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus)

1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe
3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.


Lapisan dah la xsama tebal,xcung langsung,aku nak cpat siap,malas dah nak sukat sukatan,kalo kak sue nengok,mesti byk yg dia komen,ngee..Psst kek nih arini mkin moist,berbanding semalam,wlpong aku bakar.

Monday, March 21, 2011

Kerapu Syahdu 3 Rasa&Ketam Goreng Pedas


Menu lunch kami seterusnya ikan kerapu n ketam..Ikan kerapu nih sekerat ajer,coz hubby sorang jer yg melantaknyer,aku xmkn ikan yer..Berselera jer nmpak hubby mkn ikan nih,Sbenornya ada story ckit di sebalik nama ikan nih kerapu syahdu 3 rasa,ngee,biarlah rahsia yer,hanya aku n En Sazali jer yg tau,muehehe..Hubby ckp amboi lunch rini special mcm kat hotel,muahaha..Yola tuh..

Half ekor Ikan kerapu
Garam
Serbuk Kunyit
Tepung Kfc@serbaguna
Tepung Jagung

*Bahan yg dikisar
* 1 Ulas bawang putih
* 3 Ulas bawang merah
* 2 biji cili merah
* 2 biji cili padi
1 sdb cili kisar
Tomato - dipotong dadu
Nenas - di potong dadu
Lada benggala merah+hijau di potong dadu
1Sdb sos tiram
1Sdb sos ikan
1Sdb sos cili
1Sdb sos Plum
Garam, gula Secukup rasa
Minyak


Ikan kerapu posing jab,tanpa selimut lagi time nih..

Cara-cara

1. Ikan dicuci bersih bersama perahan limau dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit,tepung kfc & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumiskan bahan kisar hingga kekuningan,masukkan cili kisar, Kemudian masukkan bawang merah yg di belah 6 tadi& goreng lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan cili benggala merah+hijau+buah tomato+nenas yg di potong dadu.
4. Masukkan semua sos n gula garam jika perlu,biarkan seketika sehingga kuah pekat.
5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan blh la di hidangkan panas2 bersama nasi putih.



KETAM Goreng Pedas(My Style)

Bahan2:
3Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan

*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)

2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu




Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.Masukkan serai yg di titik.
2.Masukkan semua sos,n air..
3. Masukkan ketam yg di goreng, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..


Menu lunch kami arini,hehe,yummy..

Ayam Bakar Berempah Harum&Bendi Goreng Telur



Assalam baru sempat nak masukkan lauk lunch arini,dek kebizian yg melampau rini,ngee..Masak special ckit arini,coz hubby ambik cuti coz nak g ambik ic syifa yg dah lama siap n renew roadtax keta..Slalunya mmg ari2 pong hubby blk lunch kat umah,tapi rini spesel sbb dapat lunch sesama lama2 ckit,slalu tuh mkn kalut2 jer,coz nak g kja blk kan,ngee..Klmarin nmpak kak dayang masak siakap bakar,tanya hubby kerapu yg dalam peti tuh nak x kalo bakar jer,hubby kata dia nak mkn 3rasa kerapu tuh,so aku tukar ayam jerla,coz nak rasa gak resepi kak dayang nih,alhamdulillah mmg kena ngan tekak kami,sdap sgt,aku bakar 4ketul jer,coz rini da masak benda lain gak,k la meh layan resepi kat bawah nih dulu yer,sementara aku nak post n3 lauk pauk lunch yg lain lak yer..

Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber Resepi:-Kak Dayang
bahan-bahan :

* 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)*Aku tukar kpada ayam
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari ikan
* 3 sudu makan air asam jawa
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air


Aku lapik kertas foil,pastu letak daun pisang kat atas lak,tuh la daun pisang jadi ireng jer,ayam xireng dahla yer,tpi sedap sgt ok,lagi pong wangi semerbak jer bau dia..
Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.


Selalu gak wat goreng letak telur camnih,kali nih saja guna resepi nih lak,mmg sedap..

Sumber resepi:-Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA ;-)

1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..

Sunday, March 20, 2011

Walimatulurus&Puteri2 Tersayang


Hari ni da kenduri member aku mazz n pasangannya kat bumbung 5 kepala Batas,kami xdapat nak pergi 12hb kat umah mazz di kodiang,coz da 2 kenduri ritu,so kami pergi hari ni kenduri di sebelah laki,sbb dah tanya mazz dia kata xpa mai aje sbelah laki nyer kenduri..Mula tuh igt dah xsampai dah kenduri,coz kami xbiasa sgt ngan area nih,alhamdulillah selamat gak sampai n lauk pauk,nasi n cendol mmg marbeles sgt,catering tuh rm6.50 jer utk 1 kepala,pada aku mmg berbaloi sgt rega tuh,coz skang nih kbanyakkan catering amk 1 kepala rm7 ke atas,tuh pong besa jer,ni siap ngan kanopi,mkn beradap,bubur,cendol n macam2 lagi lah,aku malas dah nak taip panjang lebar cam kak sue yg rajin ittew..


Kami dapat dari kenduri tadi..

Nih plak cite tentang puteri2 aku,nana nih suka sgt la injut2 adik dia kalo dak kecik tuh nak relex2,si syifa ni lak dah terbiasa kakak dia duk injut2 tuh,skang nih nak tido jer kena la goyang2 ckit katil dia tuh,ekceli dia lebih prefer tdq atas kerusi keta tuh,berbanding ats katil dia..Nana nih bkn setakat injut jer,siap cium2 pipi adik kesayangannya lagi,dak kecik nih sampai melalak sakan la..

Injut2 jgn xinjut,baby sitter yg x di bayar sedang menjalankan tugas..

Pastu,nila kja c baby sitter,xabih2 nak cium..Sampai tertonggeng2 dah tuh..

Syifa ngan muka yg bengang sbb ashik kena cium,ngee..


Posing jab b4 g kenduri..

Pulut Durian


Pulut durian menu mkn mlm kami arini,fuhh sedap sungguh durian nih,blk kenduri tadi hubby singgah sg ara jab beli durian,hubby turun sorang jer,aku ngan dak ber2 tggu lam keta,hubby masuk keta tanya2 dia kata 2biji rm85,mak aii trkejut aku,hubby kata yg 1biji rega rm35,1 lagi lak rm50 sebiji,aku kata kat hubby kalo xsedap mmg regi betoi la,Blk umah terus rendam pulut,pas maghrib masak lam microwave jer,mls nak tanak nak wak klq periuk kukus bagai,msk mcrowave cpt ckit..Aku melantak 3ulas,hubby lak 5ulas,uii kenyang toi..En hubby aku kenyang mkn dah tdq sakan dah tu,siap pesan satgi2 suh kejut dia sembahyang ishak,ishk laki aku nih..Aku sambil bw nih,duk tgk mentor..Jamu mata lah yer,xyah resepi,semua org msti dah tau masak pulut kan,ngee..


Kalo da sapa yg xmakan lagi tuh meh la jemput yer,wlpong 2biji jenuh gak la nak mkn,byk lagi nih..