Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Monday, March 21, 2011
Ayam Bakar Berempah Harum&Bendi Goreng Telur
Assalam baru sempat nak masukkan lauk lunch arini,dek kebizian yg melampau rini,ngee..Masak special ckit arini,coz hubby ambik cuti coz nak g ambik ic syifa yg dah lama siap n renew roadtax keta..Slalunya mmg ari2 pong hubby blk lunch kat umah,tapi rini spesel sbb dapat lunch sesama lama2 ckit,slalu tuh mkn kalut2 jer,coz nak g kja blk kan,ngee..Klmarin nmpak kak dayang masak siakap bakar,tanya hubby kerapu yg dalam peti tuh nak x kalo bakar jer,hubby kata dia nak mkn 3rasa kerapu tuh,so aku tukar ayam jerla,coz nak rasa gak resepi kak dayang nih,alhamdulillah mmg kena ngan tekak kami,sdap sgt,aku bakar 4ketul jer,coz rini da masak benda lain gak,k la meh layan resepi kat bawah nih dulu yer,sementara aku nak post n3 lauk pauk lunch yg lain lak yer..
Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber Resepi:-Kak Dayang
bahan-bahan :
* 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)*Aku tukar kpada ayam
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari ikan
* 3 sudu makan air asam jawa
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air
Aku lapik kertas foil,pastu letak daun pisang kat atas lak,tuh la daun pisang jadi ireng jer,ayam xireng dahla yer,tpi sedap sgt ok,lagi pong wangi semerbak jer bau dia..
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Selalu gak wat goreng letak telur camnih,kali nih saja guna resepi nih lak,mmg sedap..
Sumber resepi:-Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA ;-)
1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sedapnya ana..tumpang makan petang kat sini pulak..akak belum try lagi wat menu dari rumah DJ ni..sedap ek?..leh lah try nanti
awat hang bakaq 4 ketui ayam ja ct oiii?akak ko ni nak mkn apa?haha..
dah siap2 bwk nasi putih sendirik ni haa...
Kak Anymz,
Jemput2 sila lah noh,jgn malu noh..Akak sedap kak,nnti nak try ngan ikan lak..
Kak Sue,
Da lagi 2ketui nih,mai la mkn,elok sgt lah tu nasi wak sendrik,coz nasi msak ckup2 jer nih,ngee..
sedapnya ayam tu..
makan ngan bendi telur tu memang sedappkan anna..
Kak mas,
Fuhh mmg sedap kak,akak try wat versi ikan lak,compom tambah nasi 2pinggan kak,ngee..
Post a Comment