Kenyang n syukur atas nikmat yg diberi..Baru pas lunch jer nih,pastu terus update cpt2,sbb jabgi mmg byk kja mnanti..Igt n3 pagi tadi last,b4 nak cuti,tapi sbb lauk nih sedap punya pasal,aku masukkan jugalah kat sini eks,hihi..
Terus terang ckp resepi ayam kak diana nih mmg sedap,nmpak kak diana post n3 nih jer,aku terus save,arini baru dpt menerai,bau harum n rasa sedap mnjilat jari,sekbek pinggan xjilat kan,hihi..Cuma gula merah aku dah xletak,coz bagi aku dah manis ngan Kicap ABC tuh,satgi takut hubby komplen lak kalo manis..Alhamdulillah mmg kena ngan selera tekak aku n hubby..
Terima kasih sejuta kali wat kak diana ya..Aku kalo nak cari resepi ayam mmg suka jenguk dapo kak diana,kak ayun kak wattie,sbb semuanya nmpk menarik n semestinya sedap..Jom semak resepi..
Ayam Ala Bali
Resepi:- Kak Diana
Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )Aku guna blender kering jer.
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )Aku letak 3sdb yg siap blend
Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka(Aku xletak dah)
Garam jika perlu
Cara²
- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
- Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
- Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
- Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
- Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
- Masak seketika dan sesuaikan rasa.
- Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
1st time nmpak bilis nih kat umah kak izah,terus tergoda tau,pastu nmpak kak mas n cheq sue pon dah wat..Mmg berbaloi wat,sbb hubby kata sdp,yerla dia kan penggemar tempoyak..
Tq sgt utk kak anim atas resepi n kak izah sbb sebarkan virus,hehe..Sy tempek resepi kat sini lak eks..
Aku punya sambal nih nmpk kale merah,coz cili padi besa dah yillek,pastu aku guna jer cili padi siam yg pedas gila kale merah ni..Aku letak dlm 8biji jerk,tuh pon kira pedas jugalah,coz hb aku xmkn pedas sgt,yg nih pon dia dah soh seh2 hidung,kalo aku,lagi pedas,lagilah sedap..
Terus terang cakp mmg sedap lauk nih,xtipu,wokey..
IKAN BILIS GORENG CILI PADI TEMPOYAK
resepi: kak ANYMZ
Sumber Resepi :-Kak Izah
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng
Cara
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar.
*Izah kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.
7 comments:
Alamak banyaknya menu ayam nak dibuat ni. Mana satu nak didulukan ni. Hishh pening..
akak percaya kalau CT kata lauk tu sedap... memang sedaplah maksudnya tuh! heheheeh.. nnt nak kena try jugalah lauk2 yg CT masak tu.. lauk ayam tu pun mcm mengamit selera jer.. & sambal tempoyak kak anim tu pun dah masuk list.. tunggu masa sesuai jer.. minggu ni tak masak lauk langsung sbb cik abg akak keje shift mlm.. so akak blk kije dia dah siapkan hidangan.. tu yg takde resepi terbaru yg boleh dicuba.. hihihi..
p/s: betul sedapkan roti basic tu.. mcm roti kat kedai..
oo canni rasanya bila nengok sambal tempoyak orang lain. keluar sgala air liur. hahaha.. kak nor pun buat ayam tu . aish takleh jadi nak buat gak. ct, makanngan nasi lemak kuning cam umah kak yatie tu sedap dak ayam ni..haish dah tirguda dah ni
assalam ct, akak pun lama tak singgah sini...lately ni bz jer.nk bercuti ni mood blogging pun slow sikit..hehe
sedapnya tgk ayam bali ni...tgk kat dapur kak Diana hari tu dah terliur juga..menarik nanti boleh try:)
salam ct..bali + tempoyak jadi ape ye...baliyak ke..hehehe..x bes name tu... tembali kot..hahaha/...ntah pape jela merepek ptg2 ni..sedapnyeeeeeee nampakk ct...bila nak cari doyan ni nak wat tempoyak :)
Wah! Akak tertarik dengan Ayam Ala Bali tu..
dah buat dah yer ct... terima kasih kerana sudi mencuba resipi akak yer ct... Alhamdulillah gembira dpt tau ct suka... :)
ikan bilis goreng cili padi tempoyak tu dah lama tergoda tp x tau mana nak cari tempoyak kat cnie... nampak sedap sesangat..
Post a Comment