Monday, January 16, 2012

Pilaf Tomato & Daging Masak Bamia

Assalam n selamat ptg..
Dah ptg2 baru nak terhegeh2 nak masuk menu lunch ni..Akceli nih menu lunch last week lagi..Hehe baru nak update..Biasalah aku skng nih ngapdet blog kalo rajin,tenggelam timbul,jgn tenggelam xtimbul2 sudah kan,hehe..


Nasi pilaf tomato nih kiranya nasi tomato biasa lah juga,cuma xla masam cam nasi tomato biasa tuh kan,tapi aku add juga tomato biji yg dicincang,hehe..Gajus lak aku malas sungguh nak goreng,tambah lak nak cepat aritu,kebetulan aritu mmg syifa merap ya Rabbi,adeiii lah anak omak..
Erm janji sedap dah la kan,hiasan2 belakang kira kalo nk cepat nih,nak hias lagi ke kalo ank dah duk melalak kan..

Resepi aku copy dari akak yg xpernah lagi tgk muka tuh,ashik tgk pic cup cake jer,kalo ank2 dia pernah la tgk,fuhh mmg hansome ank bujang dia..Siapa lagi kalo bkn akak ayu singapore kan,tq kak n penyumbang resepi..Sy tempek disini lak ya..

Pilaf Tomato
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina(Xletak)
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng(Aku xletak pon)
Aku add tomato cincang 1/2biji

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.

Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

Gandingan nasi kat atas,aku watlah daging bamia resepi akak cantik manis,putih melepak kak dayang,mmg sedap n kena ngan selera kami,tq ya kak dayang atas resepi nih,moga terus berkongsi resepi2 yg mantap lagi ya kak..Resepi2 dari kak dayang,mmg sedap2 sungguh..

Resepi Daging Masak Bamia..

Sumber Resepi:- Kak Dayang Jack Fb

Bahan-bahan :
500 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) - boleh adjust sendiri sukatannya
air secukupnya
1 sudu makan rata serbuk ketumbar
1 sudu makan rata serbuk jintan putih
1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar (dipotong 4)
2 biji tomato (dibelah 4) - optional
bendi secukupnya - optional
4 sudu besar sos tomato
garam dan sedikit gula

Bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara-cara :
-Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
-Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
-Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat.
-Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato jika suka. Setelah bendi masak, tutupkan api.
-Hidangkan bersama nasi putih, nasi beriani, nasi minyak dsb.

Goreng juga ayam goreng berempah sebagai pelengkap,pastu mkn ngan timun jer,lupa nak snap.

p/s Update n3 n publish cepat2,tenet kejab da,kejab xda lak rini..Nih nak kna cll komplen lagilah ni telekom ni..Adeiii geram sungguh..

6 comments:

nOOrsha said...

salam ct...kite dtg umah ct arini sambil sorok muka celah ketiak..uhuhuh....umah kite laok sadinn je.. umah ct nasi pilaf ngan ayam yg sodap ni... (sambil hulur pinggan) hahahah

tun_telani said...

kak ct!! pat sambutt!! tun baling pelampung niiiii... pasni iA x tenggelam2 dah. hihi

smlm baru tgk nasi pilaf ni kat umah kak liza kuching.. tun masak nasi putih ngan ikan goreng je arini. haha.. pemalas pulak rasanya.. exkecli xbape sihat (excuse baik bila masak cincai2 ;p )

EmbunRosaliza said...

Assalam CT, sedapnya nasi pilaf tomato tu, kena ngan gandingan daging bamia tu, eh jgn lupa sepinggan nasi untuk akk, pinggan yg posing dgg tu heheh, best pinggan tu dlm dpt mkn byk heheh

maz said...

salam za...waaa kmaz xthan la klu msuk dpur kwn2 time mcm ni..laporr perut..smua nkkkkk...dapnya klu dpt spngann..

Acik Erna said...

zaliedana..menarik cara dana menghias nasi ni..terus terpikat..acik ambik resepi ye.

Sheery Dream Cakes said...

akak pun dah buat dah nasi tu.. tp x buat entri lg.. huhuu... nasi tu mmg sedap.. suka sgt makan...

daging masak bamia n ayam goreng berempah tu nampak sgt menyelerakan.. lapar akak d buatnya tau ;)