Wednesday, April 25, 2012

Nasi Daging &Air Asam

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..Alhamdulillah dapat lagi bernafas hingga ke hari ini n hari nih rasa lebih sihat,pagi nih xde lak rasa morning sickness,kalo x morning,evening n sampai ke night pon duk sickness ajer..Kekadang sihat ajer,biasalah kan situasi xsama bagi setiap org yg peknen nih,ada yg xda alahan langsung,ada yg teruk sgt,apa pon kita sebagai hambaNya harus redho n bersyukur,byk pahala n leh gak luruh dosa2 kecil kan,sekadar motivasi utk diri sendri ajer,hehe..

Nasi daging nih aku mask ari senin lepas utk berbuka puasa aku n laling terchenta,insyaAllah kalo larat n diberi kesihatan yg baik aku n hubby nak jadikan amalan berpuasa sunat isnin n khmis .Tapi pa pun begantung pada izinNya juga kan..



Nasi daging menggunakan rempah yg BEST nih aku dah 3kali wat,1st masa mak aku da sini ritu lagi,mmg mak,hb n ank sedara puji sdp.Akceli aku kirim rempah nih kat Cik Mimi.Mmg duk terasa2 jer bila kak  mimi kata sdp n bertambah mkn nasi bila msk nasi daging mnggunakan rempah nih..

Aku pon terus sms kak mimi bertanya pasai rempah nih n kirim kat kak mimi ajer..Klmarin pon da bersms ngan kak mimi kirim lagi rempah nih utk stok posa nanti,haha dasar tamak sungguh,yg duk da xabis lagi,pesan lagi,hehe..
So pada sesiapa yg nk merasa tuh kna tanya kak mimi lah eks,kut2lah kak mimi nak jadi pengedar rempah nih lak,leh wat bisnes kak mimi oi,hehe..
Promot ikhlas nih,mmg best n terbaik..Tq ya wat kak mimi cayang yg sudi kirim rempah nih kat kawan akak n mai htq kat umh sy,hehe..



Resepi lak aku ikut kat resepi yg disertakan sekali ngan rempah tuh ajer,malas sungguh aku nak taip,nak copy rsp dari umh kak mimi xleh lak,huhu..Sorry lah eks..

 Air asam selalunyer aku wat letak kerisek,kali nih aku guna resepi dari Ika lak,aku amik dari umh kak nor,MasyaAllah mmg sodap sgt,hubby pon puji sedap tau,hehe..Tq utk ika n kak nor yg promot resepi nih..

AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili(Aku lebihkan,mmg ummppp)
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air(Aku add jus limau kasturi cikit)
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam(Aku letak serbuk pati bilis)


Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

Cara:
Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.

Nak ajak mkn pon dah licin,hehe..

Pstt,nih n3 terakhir aku utk mnggu nih,insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi nx week ke eks,coz kami sefamily akan pergi cuti2 Malaysia,tlg doakan perjalanan pergi n balik kami selamat ya..Bye2..Wasalam..

Friday, April 20, 2012

Nasi Beriani Johor &Ayam Bakar Halia



Assalamualaikum..
Selamat tengahari semua..
Pagi2 tadi pas pos n3,pastu da la jenguk umh kak ct delima jab,pas tinggal komen rasa kpala sakit n pening2 jer,terus ttp lappy xsmpat nak jengah mana 2 dapo lagi,terus tido jer,huhu..Jab2 g baru nak BW..Maaf sesangat ya semua..

Arini jumaat selalunyer menu sedap2 yg dihidangkan utk family tersayang kan,tapi berbezalah pula bagi aku yg ashik xbape sihat nih,nasi beriani nih dah msk kat sebulan dah kut,huhu..Arini baru nak kongsikan kat sini resepi nih,sbb mmg sedap bila mnggunakan rempah beriani mak sal yg aku order online kat fb,johor mari oooo..Arini aku xmsk,tapau lagi..Huhu,sian laki aku,cuma ptg2 jer baru aku larat wat kuih2 ke apa2,huhu..Xper sayang eks,pas nih sayang msk sedap2 utk sayang eks,hehe..

Jom kita tgk resepi nasi nih sedap nih..Aku gandingkan dengan dalca daging,pastu bakar lamb n bakar ayam..Tq ya utk semua yg terlibat utk resepi nasi n ayam yg best nih..Ayam aku amik rsp dari umh kak ummi kuantan yang asalnyer resepi kak liza,mmg best asam nih,mmg serasi bersama wokeh..



Resepi Nasi Beriani Asli Johor
Sumber Resepi:-IResepi

Bahan
500 gm BERAS BASMATHI (dibersihkan dan ditoskan)
1250 ml air
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning(Aku letak pwrna kuning jer)
2 camca teh esen ros(Aku letak air mawar)
500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
3 biji bawang besar }
5 biji cili hijau }dikisar halus (Xletak)
5 ulas bawang putih }
4 sm halia }
2 camca besar rempah beriani(Aku guna rempah Mak Sal)
2 tangkai daun ketumbar }
3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
3 biji tomato }
100 gm bawang goreng
150 ml susu sejat
2Sdb Yogurt/Tairu aku add
sedikit buah gajus
garam sebagai perasa
minyak untuk memasak(Aku letak minyak Sapi)
sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi

Cara Membuat:

1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
4. Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
5. Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.(Aku malas nak wat lapis2,just campur jer daging n nasi,pastu pas nasi dah kering,aku ttp ngan daun pisang,supaya wap xkeluar n berbau harum,gam2 pon aku xwat,huhu)
6. Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
7. Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi
 
AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
 Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!





Chocolate-Bottom Banana Squares(CBBS)

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..Wah sukenyer aku sbb rini ari jumaat,esk lak weekend,mmg suke sgt klo weekend nih,sbb leh klr ronda2,g shoping n mnghabiskan masa bersama family terchenta..Kalo weekday tuh mmg kami 3beranak terperuk kat umh jerla,sbb aku xpandai nak drive,hoho,sadisss sgt kan..Baru 3,4 kali belajar bawa keta ngan hubby bebaru nih,dah kna penyakit buatan org n alah lak,huhu..
Sian aku n ank2 kan,keta yg sebiji lagi tuh klo hb g kja mmg terperuk jer kat umh,mcm kami 3beranak gaklah,aku kalo bawa motor,mmg leh merempit sakan,tapi bab keta nih adeiii seriau..Baru nih belajar ngan hb,kira dah leh bawa n da keberanian dah le,tapi bab parking,mmg aku xpandai,huhu..


 
Akceli dah 2kali nmpk dak tun nih tayang CBBS nih,bila beli pisang jer,selalu wat cekodok jer,sbb semua suka,kdang tuh kek pisang biasa,kalo xpon apam,baru kali nih dpt menerai resepi yg dah lama simpan dari dapo tun nih..Aku wat ari sabtu lpas g,sambil tgk cerekarama..Saja gtau sbb nak khabarkan kek nih dah abis,hehe..
Tq ya tun n semua yg terlibat utk resepi nih..Tgk yana pon dah tayang ari yg sama aku wat juga,hehe..

Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy


** i used loyang 9 ichh
Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c(Aku letak 1/2cawan jer)
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - mine
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn serbuk koko  -
  • 1 cwn chocolate chips

Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

Thursday, April 19, 2012

Roti Jala/Roti Kirai & Pizza Domino


Assalamualaikum..
Kat penang nih baru jer lepas hujan,alhamdulillah sejuk jer rasa,suka lah pokok2 tanaman kat luar umh sbb dapat air hujan kan,kalo hrp tuan dia,ermm byk ari juga dah xsiram,ermmm mcmlah byk sgt pokok2 pon,tanah pon sekangkang monyet jer pown..Hehe..Tapi oklah tuh kan,yg penting da juga kan n xpayah nak membeli daun pandan,daun kari,lengkuas,kunyit,halia,n daun pucuk ubi,sedisss sbb daun pudina dah mati,huhu..
Rini xmsk papun sbb En Hubby berpuasa sunat,aku lak mmg nk berpuasa sama ngan dia,tapi ashik muntah dri semalam n pagi tadi,so hb pon xkasi berpuasa,mkn roti ngan nutella jer tdi,ank2 dara lakmkn biskut n calciyum,hoho..Jab2 g nak msk dapolah wat kuih pa yg patut,nasi xyah msk,lalingku ittew nak tapau ajer,hehe..

Erm berbalik pada roti jala nih aku wat ari selasa lagi,pas nmpk Yana tayang,rasa cam nak mkn jer,coz dah lama xmnjala,ptg2 pas ank2 tido wat kari start mnjala,pas dah siap xsabar2 nk mkn,mkn 4kping,pastu terus mntah,dah rasa xlalu dah,Huhu..Hb blk kja dia yg mkn n sampai bf pon,bf ngan roti jala nih.
Resepi men agak2 sendri jer,men tuang2 tepung,santan telur ,serbuk kunyit lam blender jer,pastu letak grm cikit,pastu terrrr,dah leh mnjala..
Tapi aku letak jugalah rcp yg yana amk kat umh Cmg nih utk rujukan sapa2 yg xtau lagi nk wat roti jala kan,hehe..Tq yana n Cmg.


Pas snap,terus ngap,haha..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.
 
Sebabkan tekak ngada2 aku nih xleh nak terima roti jala nih,maka aku pon gitau hb nak pizza domino lak,wakaka ngengada toi,hb pon suh aku  cll order jer pa yg aku nk mkn,hehe..2ari juga duk ulang mkn piza nih baru abis,2 regular pizza,banana kaya personal+onion ring,hehe,mkn smp puas,hehe..

*Tq sayang sbb bersabar ngan kerenah isterimu ini kan..Ala time peknen nih lah nak ngengada pon kan,hehe..

Psttt siap dpt voucher free regular pizza sbb depa delivery lewat 5minit jer pon,bagus gak domino nih..Tapi aku n hb lebih suka pizza hut..

Wednesday, April 18, 2012

Siakap Kukus Asam Boi.


 Assalamualaikum..

Menu Yg aku masak utk hb terchenta dah kat 2mnggu dah kut,hoho,baru nak tayang..
Mmg sekor nih khas wat laling ku ittew,coz ai xmkn ikn siakap,hohoho..Mmg kenyang lalingku meratah..Lunch sekerat,dinner continue lagi sekerat..Untung dia kan sbb bini dia xmkn ikn,leh dia ngap sorang2,hehe..

Aku tanya dia sedap ke x,sedap katanyer,tapi Yg duk mkn kat kat Pak Husin Tomyam lagi sedap katanyer,huhu...Yerlah aku jawab dah da ajinomoto n penambah perasa,ofcozlah lagi sedap,haha ayat kaver line..Ssh gak nak bagi balance masam,masin segala ikn nih,coz aku xleh rasa kuah yg da ikn nih kan,huhu..Apa pon mmg licin n tinggal tulang tuh kira oklah kan..


 Tq ya kak Hana atas resepi nih,sy letak kat sini pula wat rujukan dilain hari..


Tangan dak nana yg kepochi time ummi nak snap pic,huhu..


RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Tuesday, April 17, 2012

Menu Kami Mlm Tadi...

Assalamualaikum semua..
Dah lunch ke..Mesti msk best2 kan utk family tersayang..Aku rini wat nasi goreng kampung bodo2 jer,sayur papun xde,letak ikn bilis goreng,sotong n telur jer,tekak aku yg ashik loya nih rasa xsedap jer,Maybe kalo pizza sedap kut,wakaka..Tapi hubby makan licin ajer sepingggan n kata sedap,aku lak baru mkn bape sudu dah xselera n uweeeek,ermmm sabar jerlah kan..Kena mensyukuri walau apa pun Tuhan bagi kan,yerla org lain punyer lah kepinginkan zuriat kan,aku yg da nih nak mengeluh lak walaupun diberi dugaan yg sedikit nih kan.Muhasabah diri sendri jer nih..

Akceli spagheti nih menu mkn ptg merangkap dinner kami la,klmarin utk lunch hb tapau nasi ayam,pastu ptg b4 hb blk kja aku wat ler  spagheti nih..Dah tau kalo wat spagheti bolognis nih msti hb mkn ngan berselera,Alahamdulillah mmg licin hb mkn,berbaloi penat aku memasak walaupon xbape sihat,hehe..



Pastu aku goreng paha ayam n golek2 ngan tepung kepci jer,alhamdulillah mmg kenyang dinner kami tuh..Saja gatai2 wat bebola guna daging bege jer,hehe..
Nak ajak mkn pon dah licin,hehe..

Monday, April 16, 2012

Mihun/Bihun Goreng Udang Kering


 Assalamualaikum..

Selamat petang semua..Banyak ari xberupdate blog ni,maaf sesangat ya,pada yg sudi bertandang,lagi2 yg sudi meninggalkan komen,terima kasih diucapkan ya..InsyaAllah jika keadaan mengizinkan aku akan cuba BW ya..

Skang nih kalo ngadap lappy lama2 rasa pening kepala n loya jer tekak,nih pon baru lps uweekkk jer,abis nasi ayam yg hb beli tadi jadi habuan toilet ..Mmg kenyang ari2 dia skng nih,xkira waktu dpt mcm2 mknana,huhu..Skang rasa malas yg amat nak msk,nak wat sgala kja umh,huhu klo baring golek2 ngan ank2 mmg suka sgtlah,huhu..Tapi kadang tuh malas juga nak dilayan kan perasaan tuh..Tappi kalo mlm,ai cergas jer rasa,huhu..

 Nihla nikmat peknen yg Allah beri kpda setiap ibu2 kan,walaupon rasa letih,tension n azab,tapi mmg banyak sgt pahala yg Allah janjikan..InsyaAllah moga aku n anda2 semua dpt jadi ummi,ibu,mama,mak,mummy,amma n pelagi eks???Yg terbaik utk ank2 kita n isteri yg terbaik utk suami kita ya..

Erm panjang lak mukadimah aku rinikan,hehe..Berbalik pada mihun/bihun panggilan kat utara nih aku wat dah 2mggu kut,haha baru nk tayang..Akceli da jenguk2 dapo kak diana,pastu duk belek2 popular post kat blog dia,nmpklah resepi bihun nih yg mnggunakan udang keringyg ditumbuk sbg slh satu rencah penyedap,pastu aku pon gedeklah,tapi aku xla ikut sebiji cam kak diana tuh,Kalo korang,ecece korang lak,ala bantai hampa dahla kan,xbesa ai nak ber"korang"  nih.. Kalo hampa nak tgk resepi asal dari kak diana Tgk kat sini wokey..

Tq ya akak diana utk resepi nih..Walaupun xikut sebiji,sejibik,tapi 1st time letak udang kering lam bihun,huhu..Rasanya mmg sgt2 sedap n hb aku puji sedap,mmg byk dia mkn,Aku wat half peket,pastu leh la htq kat jiran sebelah umh sama..Pasni klo goreng bihun mmg nak letak udang kering juga,hehe..


Bhn²

1/2 bungkus mihun _ d rendam dengan air n Toskan
Dada ayam _ d hiris nipis
Sotong
Udang
Segengam udang kering _ d rendam dan d tumbuk kasar
Kuchai n Kubis
Telur
1/2 biji bawang besar _ d hiris kasar
2 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
2 tbsp cili kering kisar
1 tbsp sos tiram
tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis



Cara² 


  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur.(Aku xletak,just wat telur dadar)
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula ayam, masak seketika.
  4.  Masukkan sotong, udang, sos cili,sos tomato, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  5. Gaul2 n biarkan masak.
  6. Masukkan mihun dan gaul sehingga semua bahan²  sebati.
  7. Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga mihun garing.Masukkan kuchai n kubis.
  8. Angkat dan hidangkan.

Friday, April 6, 2012

Bingka/Bengkang Labu&Kad Dari Finland

Assalamualaikum..

Rajin nmpak minah sorang tuh update kan,opsss jgn diteguq,kang tenggelam lagi n ala2 sekut chipsmore feberet ank dara berdua tuh lak,kejab ade,kejab xde,huhu.. 
Selamat hari jumaat n selamat berhujung minggu ya semua..Sarapan pa pagi ni..Aku bf roti letak nutella jer,stok nutella tgh byk,coz ritu da ofer wehhh,aku pon beli lbh ler..hehe..
Erm bingka labu nih wat bila?Erk aku wat ari selasa lps g,dah yillek dah pong..


Akceli nih la 1st time ai merasa n wat bingka/bengkang letak labu,kalo letak kentang n keledek pernah le,kelentang pon pernah juga,keledek+kentang ya puan2,bkn Terlentang,hihi...
Rasanyer?......Ofcoz lah sedap,kan lemak2 labu+lemak2 santan+lemak2 makin bertambah,hahaha..Aku guna santan kotak kara jerk,coz santan fresh kejung,malas nak defrost,haha...Dasar pe ma lesss kan...


Oklah merapu meraban lak ai rini,moh tgk resepi lak eks,tq ya Cmg yg putih gebu,ai c/p resepi ya..

Sumber Resepi:-Mat Gebu@DTS..
BAHAN-BAHANNYA :-)aku wat half rcp jer.

450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B(Aku ltk 2biji gred A utk half rcp)
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...
CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar tadi, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..

Kuih bingka yg sedap,terasa lemak2 santan bergabung dengan labu,best..





Walaupon wat half adunan,bagi family kecik cam kami nih,kira byk lah,coz ank2 dara berdua tuh xlayan lak bingkang nih,aku n hubby jer makan,pastu aku bagi jiran juga,coz jenuh weiii nak melantak bebanyak,huhu..
Ngengada betoi dak berdua tuh,memilih sungguh,ikut pangai sapalah tu,huhu..Nana langsung xnak rasa,syifa lak,bila aku suap,bley diluahnyer,adeiiii sabaq jerlah..
Byk juga hb makan,katanyer sdp,heehe..

Kad bunga tulip nih dari kak nieza cayang yg jauh di finland,semperna anniversary Blog OJB nya yg ke2..Tq sangat2 ya akak,akak sudi memberi,sy sejuta kali sudi angkut n gantungkan disini..Moga ukhuwah diantara kita sentiasa subur n kembang mewangi sepanjang hayat..Walaupon xpernah bersua muka n bertentang mata,ingatan sy pada akak sentiasa ada..Moga OJB sentiasa suksess n terus berkongsi resepi2 yg mantop lagi ya kak..Muahhhh salam sayang dari sy..

Thursday, April 5, 2012

Nasi Ayam Penyet...Lamanyer Menyepi...


 Buat semua yg masih sudi singgah di DZ nih  TERIMA KASIH ku ucapkan..Apa khabar korang2/hampa semua,sihat2 ajer ke?Aku n family,alhamdulillah sihat2 saja..
Seterlah 2bulan lbh menyepi rasa agak janggal n kekok sungguh nak memulakan bicara n menyusun kata disini..Jari2 pon agak kekok nak menari2 ataih keyboard nih..Pastu rasa kekok sungguh ngan blog sendri lak skang nih,adeiii,pelan2 kayuh lah noh,jgn tenggelam lagilah no..
Terima kasih yg xterhingga wat sahabat2yg sudi bertanya khabar ya,da juga gosip2 baru tentang punca aku xupdate blog n menyepikan diri nih,Alhamdulillah mmg masin sungguh mulutmu wahai Kakak Izahdaut,klmarin baru check,haha rasa nak tergelak pon ya juga,rezeki yg xsangka..Alhamdulillah n syukur padaMu Ya Allah..

Sebenaqnya saja2 jer melayan perasaan malaih nak update tuh lelama sikit,hehe..Nak kata bizi pon da jugalah cikit2,huhu..Besalah ngan ank2 dara berdua tuh,mmg kekadang xcukup time n xmenang tangan gak..

Oklah sebagai tatapan aku wat yg sudi singgah sini,hamba persembahkan resepi pertama Nasi ayam penyet yg 1st time aku wat n rasa,adeiii jakun sungguh..
Utk 1st time kali rasa nih hb pon ckp sedap,hehe..Alhamdulillah mmg sedap..
Tq ya utk Ijan blogresepi,atas resepi nih..Aku amik kat Myr jer..


 
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

Cara-cara

  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) 

Cara2 Utk Nasi
  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.(Aku wat sup kaki ayam+cendawan)


Sedap betoi sambal nih. 
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 
Cara2 Utk Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan..
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.