Monday, March 29, 2010

Time Rajin ..

Salam..
Hari ni time lunch aku msk simple2 jer,hubby nak mkn sambal sardin n Lamb goreng kunyit..Senang jerla kja aku rini..Untuk aku plk aku wat nasi goreng jer(Aku xmkn ikan sardin,lamb plk xbape la suka sgt)..
Klmrn plk time aku jenguk2 FP kak Ida aku da tgk resepi sandwich..Rasa nak try wat la plk..Ptg tdi aku pun try la resepi nih..Untuk hubby punya aku + juga ngan isi srdin yg xabis time lunch..Aku wat sorang 2kping jer..Tapi bila dah boh inti tu mmg kenyang la..Hubby aku mcm besa la licin la dia mkn, n dia kata "ermm sedap gak sandwich ni no"..Tapi mmg resepi sandwich ni sedap pun..Sehari 2 ni production susu ku agak kurang,so aku pun start minum balik air longan kering(dah lama xminum)..Air ni yg aku baca dari internet blh memperbanyakkan air susu ibu(aku rasa dgn aku serasi,kalu asa susu kurang jer aku msti wat air nih)..Senang jer nak wat air nih,longan kering drebus sampai mendidih,pastu masukkan gula pasir+gula merah,dah siap..Tadi ptg time mkn sandwich aku minum la air nih suam2(hubby pun hentam gak)Kat bwh ni da resepi sandwich yg aku CP dari Fp kak Ida..


EGYPTIAN ON RUSH SANDWICH (aku CP dari Fp kak Ida)Tq kak..
Bahan:-
·2 - 3 helai sayur kobis (dipotong nipis2)
·1 keping daging burger (dihancurkan)
·1 biji bawang besar (racik2)
·1 biji telor ayam
·carrot (dipotong halus-halus)
·1 biji cili merah (diracik)
·garam secukup rasa@ guna sos Lea & perrins
·roti gardenia secukupnya
·1 sudu besar mayonis
·sos cili
·slice cheese/cheesedale
(Aku +1Btng sosej+saladn tomato)
Cara Menyediakan:-
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2.Masukkan cili yang dipotong, kacau. Masukkan burger pula, gaul sekata hingga burger masak.
3.Masukkan pula sayur kobis dan carrot. Gaul dalam 2 minit.
4.Lepas tu pecahkan telor dalam kuali. Jangan scramble dulu, Biar sekejap, baru scramble telor tu. Gaul dengan bahan2 hingga masak. Tutup api.(aku msuk cheese siap2 time dalam kuali ni)
5.Pindahkan dalam mangkuk dan masukkan mayonis, gaul sekata.
6.Kemudian masukkan sos cili (jika suka).
7.Letak bahan antara 2 keping roti tadi serta slice cheese. Siap


Pas maghrib tadi aku buka plk FP kak Yati(damira),nmpk plk resepi marble kek,bahan2 yg d perlukn semuanyer ada..So aku pun kata kat hubby nak try la kek nih..Hubby aku kata "biaq betoi la ni ke?" aku pun kata"yerla,lani,tlg jaga Syazana jab na"Hubby aku pun trkejut sgt,(yerla mana x kan,tgk2 resepi terus nak wat..Bila kek msk jer,aku terus potong(xdan nak tunggu esok dah)sbb teruja sgt nak tgk hasil n merasa kek nih..Actually aku nih seumur hidup xprnah pun wat kek marble..Aku wat half adunan jer..
Kek yg aku potong tu aku wak msuk dlm bilik bagi hubby mkn,dia pun heran gak,dah blh mkn ke..Hubby aku kata(amboi sejak la ni,sakan betoi bini dia,mcm2 resepi duk try)..Ahaks,time mood tgh rajin kan..Resepi kat bwh aku CP terus dari Fp kak Yati..


VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE

Bahan A

250g majerin/mentega
100g gula halus
1/2 tsp garam
5 biji kuning telur
1 tbsp susu sejat
1 tsp essen vanila
200g tepung gandum
5g baking powder

Bahan B

5 biji putih telur
100g gula halus

Bahan C

1 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu sejat
1 tbsp coklat emulco

Cara-caranya:

1. Pukul majerin/butter bersama gula dan garam dari Bahan A hingga betul2 kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul hingga sebati.
( Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang tercampur ke dalam putih telur)
3. Tambahkan susu sejat dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam adunan majerin/butter tadi. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
5. Pukul pula putih telur bersama gula sehingga putih telur menjadi kembang dan tidak terjatuh ke bawah bila diangkat ke atas (membentuk soft peak).
6. Campurkan adunan putih telur ini ke dalam adunan butter. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya bergaul sebati. Pastikan ianya dikacau secara perlahan-lahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan koko dari bahan C yang telah diayak, susu sejat dan coklat emulco dan kacau sehinnga sebati.
9. Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan shortening di sekeliling loyang tersebut dan taburkan sedikit tepung.
10. Ambil satu sudu adunan yang berwarna asal dan letakkan di tengah2 loyang.
11. Ambil pula satu sudu adunan coklat dan letakkan di atas adunan warna asal tadi.
12. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan selesai.
13. Bakarlah didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 50 minit atau sehingga masak. ( Bergantung pada jenis oven masing2.Anda sahaja yang mengetahui
ragam oven masing2.

Sandwich n air longan utk aku n hubby


Kek yg baru kuar dari Oven

Kek yg masih panas,tapi telah d potong

Sunday, March 28, 2010

Murtabak Resepi turun temurun

Salam ptg AHAD..

Menu ptg ahd utk hubby n aku ptg nih adalah murtabak resepi dari Arwah Ayah ku(Arwah ayahku dulu kan meniaga roti canai n murtabak..Resepi nih kiranyer aku warisi dari dia la..
Tghri tadi aku xmasak pun,kami p mkn kat Restoran Aur Gaging kat Sg 2,(AKU MKN NSI GORENG UDANG,HUBBY PLK MKN MEE UDNG,AYAQ SAMA2 LAICI).Pic xda,hubby malu nak snap coz ramai org..He he he..Sebenaqnyer mula tu malas gak nak wat murtabak nih,igt nak goreng bihun jer,tapi tgk bwang besaq da byk gak yg hubby beli ritu..Daripada busuk n kena msk tong smpah bek aku wat murtabak..Las aku wat murtabak time aku prgnt 5bln dulu jer(ni kes teringin nak mkn la)..
Aku wat kecik2 jer murtabak nih,nanti blh frozen kan..Kiranyer esok lusa nih kalu Baby meragam pun xla kisah sgt,coz stok frozen da mcm2..Tadi pun time aku tgh wat murtabak Baby Syazana duk merap sakan..Nasib la Hubby da,blh la tlg jaga n layan dia sat..Baby Syazana ni pun mcm tau2 jer arini abah da(dia kalu abah da manja trlbih ckit)..Sbb abah ni rajin sgt nak layan..Ummi plk kalu ashk duk layan dia jer xjadi krja la..Janji ummi dah jaga syg ngan baik kan(kalu x,xla tembam kan)Blk kg baru nih ramai la yg tya kat umh knduri," Baby mkn pe,pandai la jaga tembam jer"??Aku pun jawab la"mna mkn pe lagi dia baru 4bln lbh jer,minum su2 badan jer"..K kat bwh ni la resepi n pic murtabak yg aku wat tadi..Xsataku n hubby dah rasa sorang setengah biji..Nanti baru mkn len,coz lani hubby duk tgk2 keta kat luaq..

Kulit(Doh)

Tepung Gandum 3cawan
Gula 1sb
Susu pekat 1sb
Garam 1st
Telur 1biji
Air (Aku agak2 jer,lbh kurang 1cawan)Kalu guna air kelapa lagi sedap,kulit pun lembut jer,wlpun dah sejuk..Kalu nak wat roti canai pun guna resepi ni gak..

Cara
Campur air,gula,su2 pekat,garam n telur..Kacau rata,masukkan tepung n uli sampai adunan xmlekat di jari..Bahagikan adunan pada bebola kecik,ambik planta n sapu pada semua bebola tadi(tujuannyer supaya doh tadi xmelekat n bercantum lagi..Biarkan bbrapa jam(Aku wat doh pagi,n ptg baru la start masak..Baru la doh tadi lembut n senang nak tebar)Aku xreti nak tebar,dulu xnak bljaq kat arwah ayah,so aku letak atas talam n tarik2 sampai nipis la..

Inti

Bawang Besar 5 biji(mmg jenis besaq2 pun yg aku guna)
Daging cincang(ikut suka la byk mana pun,lagi byk lagi sedap)
Bawang putih 1ulas(di tumbuk halus)
Halia 1inci (di tumbuk halus)
Kunyit serbuk 1sb bumbun
Rempah murtabak 1sb bumbun(rempah nih bole d beli d kedai2 india yg menjual segala jns rmpah,(bkn rmpah kari tau),aku beli kat Aloq Setaq..kalu aku nak wat karipap pun aku gunakan Rempah ni gak+ngan rmpah kari)
Garam n perasa agk 2 la(Aku letak garam+serbuk cukup rasa)
Minyak Sapi
Telur secukupnyer, utk goreng inti(aku guna 5biji telur)

Cara
Bawang besar dipotong dadu,kecik2..Tumis bawang putih n halia yg d tumbuk brsama2 ngan mnyak sapi smpai naik bau,Then masukkan daging,Pas daging dah msak,masukkan semua bahan..Kacau2 sebentar jer..Sbb nanti bwng trlampau layu,nanti kan nak kena goreng inti ngan telur plk..

Pic Inti yg telah siap d masak


Cara Membuat:

Pas dah siap kan cara kat ats,campurkan teluq bersama inti yg di masak,kacau2,goreng smpai masak,letak ckit mnyak sapi juga..
Tebar doh tadi,Letak inti yg telah di masak di ats doh yg siap d tebar..Lipat n masak ats api yg kecil..Time masak ni pun letak juga minyak sapi sedikit..
Siap,blh la kita mkn dulu..

Pic nih inti yg dah siap masak ngan telur n aku bahagikan jadi 6 bahagian


Dah siap balut ngan doh yg ditebar

Tgh di masak atas kuali

Pic nih murtabak yg dah siap masak..Jom kita makn..

Saturday, March 27, 2010

Mkn D Pantai Seagate,Resepi Donut+Pizza

N3 kali nih panjng ckit,coz aku update sekali harung jer..Yerla kan nih utk 1ari..Hari ni time lunch aku xmasak,Hubby ajk klq p pantai C-gate n mkn mee mamak kat tepi laut..Blh hirup udara segar tepi laut sama kan..Aku makan bihun+koey teow goreng,hubby lak mkn mee rebus..Minum ayaq nyoq sorang sebiji(fuhh nyaman n lega jer rasa tekak,minum ayaq nyoq time panas2 nih..Kul2 lbh camtu la kami p mkn..B4 mkn n pas makn tu smpat la sesi brgambaq sat,ahaks..

Gaya Baby Syazana yg abah tangkap b4 klq mkn












Gaya ummi n abah b4 nak mkn















Pic ni pas ummi n abah kekenyangan































Time ptg tadi plk,tgh rilex2 tu abah gitaw nak makan donut,b4 tu aku da tnya hubby nak mkn donut x(dah byk ari tnya,tapi xwat2 gak)..He he he,kan byk resepi duk da dlm waiting list...Kul 5lbh aku start uli doh,alang2 dah wat donut,aku bancuh teruih la 2 adunan(Aku pandai jer wat pizza gak ngan adunan donut,ahaks..Ahaks,pnyakit "M" pun da gak)Maka dgn sbb tu la kami mkn pizza n donut(lgpun bhn2 utk adunan pizza lbh kurang jer ngan adunan donut)..Pizza nih ,saja la aku canai nipis2 ckit..Dapat la 3kping pizza,10biji donut dari 2adunan yg aku wat..Pizza nih 1 keping jer yg aku tabur toping n kami mkn tadi,lagi 2 keping xtabur toping lagih,Aku wat frozen jer..Senang cikit kalu da sapa mai kira rezeki la, blh la jamu(sbb hubby duk rasa2 mcm abah usop(bapa sedara hubby) kat kl nak mai)..Taun lpas bln6 dia n family da mai gak,kbtln aku wat gak pizza frozen,so rezeki depa la..Baru2 ni kan ank dia da khwn,kut2 la nak mai tunjuk mnantu kat adik beradik kan..2 3 ari ni kalu da yg mai umah tu da byk la hidangan boleh jamu,time aku tgh rajin ni kan,ahaks..Kat bwh ni aku copy n paste jer resepi dri fp kak ida n umieaisyah..Senang ckit da resepi,nanti blh wat rujukan masa depan aku n anak2(ceh mcm byk ank la plk)..Tapi pas mkn tadi da asa trharu la ckit,nak tau naper..??Hubby pas kenyang mkn tu,(aku tgh nak basuh pinggan n segala mcm benda yg aku guna nak wat pizza n donut ni la kan)dia terus cium pi2 aku n ucap tima kasih sgt sbb aku penat msk kat dia n mcm besa la kan,dia puji kata sedap(terus hilang asa penat tu bila hubby puji,he he)..Aku asa trharu la sbb asa di hargai oleh hubby(pandai gak hubby aku nih nak bodek no,papun aku tau,tu mmg pujian ikhlas dari dia)..Donut kat bawah tu aku gatai2 letak coklat ganache n stoberi n bluberi filling..Esok pagi bekfes mkn pizza n donut xabih la..Tadi pizza kami mkn half jer,donut lak.aku 2biji,hubby 1 biji jer..


DONUT MINI

Bahan:- (15 biji donut mini)
·200 gm tepung roti
·20 gm gula
·1/2 tsp garam
·1 tsp yis kering
·140 ml susu segar- ibu kurangkan kpd 120 ml sbb ada tambah telur
·20 gm butter - ibu tukar guna shortening Crisco
*1 biji telor- ini ibu tambah

·minyak masak untuk menggoreng
·powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2.Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3.Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5.Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini)
8.Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
9.Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
10.Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah


Lengkali aku nak try resepi utk doh pizza yg kat bawak nih..Ni baru la adunan yg betoi utk pizza..Aku copipes dri fp umieaisyah


Doh Pizza

Doh pizza (sama ngan doh roti biasa)
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum biasa
200 ml air
1 bj telur
6 sd bsr gula
1 sd bsr yis kering
2 sd bsr majerin
1 sd bsr shortening
1 sdk garam
1 sdb bsr susu tepung


Cara nak wat adunan doh sama jer mcm kat atas,Cuma utk toping,ikut suka ati ler nak letak apa..Aku letak daging cincang(yg aku dah siap msk tu),sosej,udang,capsicum,button mushroom,mozarella,oregano..Sos guna tradisional yg kimball+cili life..Pas tabur toping tu,bakar jerla..Aku men hentam jer suhu n time tu(janji masak)..

Masa nih pizza tgh nak tabuq bahan,Donut lak xmake up lagih..Abaikan latar yg serabut tu no..


Pizza yg dah siap di potong oleh abah..Tgu masa nak ngap jer..

Duk taip2 xsedaq,lani dah 12lbh tgh mln,kira dah msk pagi ahd la..K la aku pun dah nak tiduq(tgk 2 beranak nih tiduq syok jer) he he he.. jmp lagi d lain N3..

Friday, March 26, 2010

Masak Simple2 n Sempoi jer...

Salam Jumaat..

Semalm masa tnya hubby menu pe dia nak mkn utk tghr ni,dia ckap nak mkn nsi lmak..Ishk hubby aku nih xabh2 nak nsi lmk..Asal ari jumaat jer,nak mkn nsi lmak,asal nasi lmk jer,ari jumaat..He he he..Aku pun ckp la kt hubby kalu esok da mood nak p mrkt..Klu jdi p mrket,aku xnak la msk nsi lmk,bek msk benda len..
Pehtu rini da la mood rajin nak bgn awai(sllu 6:30Am,rini kul 5:00Am)Pas mnyusu Baby Syazana ,mandi,siap then aku p la mrkt(nek moto sng ckit,baby tinggal kat hubby)Blk mrket tu baru kalut nak smbhyang(time aku nak klq umh baru nak azan,tgkla betapa awai nyer aku p mrket rini)..Beli brg smpai xckup dlm raga,siap gantung lagi beg plstk kat handle..Beli la gak siput belitung(feberet hubby) half kati jer..dpt la smngkuk kcik..Byk2 pun takut xabs,nnti mmbazir lak..
Lunch tadi aku msk betoi2 simple n sempoi2 jer,yerla masak lemak siput belitung,daging blck pepper,goreng ikan talang(aku xmkn ikn nih,hubby jer,boh bwng ckit jer..Dia xsuka kalu boh mcm2)
Ptg tadi lak,bagi su2 kenyang2 kat baby,dah dia tdq kat 1hour gakla,smpat la aku wat popia nih(idea nak boh inti crab stick aku dapt time aku duk belek2 fp kak ida)..Shri 2 nih aku ashk duk nengok fp kak ida jer,asa best la plk fp dia..Lgpun ada smthng prsamaan atra dia n aku(ni aku jer yg tau pe dia)..Popia tuh aku wat guna 1peket crab stick yg da 16batang,so dah belah 2,dapat la 32batang popia..Smpan wat frozen half..Balance gorng utk kami makn,aku htq gakla kat jiran sblah umah(mak cik juma)utk mrsa sikit...Kat bawah ni da aku srtakan resepi(da gak yg aku ubah ckit)..


POPIA

Bahan-bahan

Kulit popia secukupnya
1 paket isi ketam/crab stik-rebus sebentar kemudian potong 2 memanjang
carrot-racik halus
sengkuang-racik halus
sedikit garam (Aku x letak, ganti ngan srbuk pati ayam+lada sulah+udang basah)
minyak utk menggoreng(aku tabur lenga+bawang goreng ckit kat atas popia nih)

sayur di atas di gaul dgn sedikit garam kemudian bentangkan kulit popia satu keping dan letakkan isi ketam td bersama sayur kemudian gulung.kulit popia blh di lekat kan menggunakan tepung gandum yg di bancuh dgn sedikit air.bila dah siap menggulung boleh lah di goreng.siap utk di mkn.(Aku tumis bwng ptih+bwng merah,pastu masak bhn yg len jab)He he pandai2 jer aku ubah2 resepi kan,maap la kak ida yer..


sos

2 sudu besar gula(aku letak 1sudu jer)
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/giling(aku letak 3sudu)
1 sudu besar cuka jika suka masam blh tambah lagi atau blh juga gunakan asam jawa(aku letak 2 sudu)
sedikit garam
1 gelas air

Didihkan gula,gula merah bersama dgn air kemudian masukkan cili dan cuka gunakan api yg perlahan supaya sos tidak mendidih sehingga menembak keluar dr periuk.bila dah agak pekat blh lah tutup api.


Note*Komen dari hubby,popia nih sedap ..



Thursday, March 25, 2010

Nasi Minyak n Pizza Segera(homemade)

Pikiaq pya pkiaq xtau la nak masak pe,yg da dlm esbox cuma ayam n daging jer..Yerla dah 2mggu xdan nak p mrket kan 2 mnggu ni weekend jer blk kg..Time weekend ni la nak p market,sbb hubby ada blh p skli ngan dia(wlpun dia xmasuk pun,duk lam keta jga baby Syazana jer)..Last2 aku wat nasi minyak(nak boh wrna wrni,xda,so boh wrna kuning jer),ayam msk ros,n daging beriani(sebetulnyer nak wat daging msk kurma,rmpah kurma abih,xprsan plk)ishk mcm2 la aku nih kan..
Time ptg plk,duk pkiaq lagi nak wat pe lak..Resepi utk doh pizza da dlm waiting list,igt nak wat,tapi bhn plk xckup..Tapi last2 dpt idea nak wat pizza segera yg senang sgt..Aku guna roti gardenia jer,ahaks hak..Toping letak daging cincang (Aku beli jenama Pak Ramlee,aku masak siap2,letak bwng putih n merah n lada sulah, boh lam tpware smpan peti ais senang ckit,nak masak bhun ke,karipap ke,murtabak ke,sume blh guna daging nih)..jimat masa..Kita layan pic n resepi kat bwh yer..


Pizza Segera
Kulit:-

Roti gardenia(ikut suka la byk mana pun)

Sos:-Aku guna kimball yg tradisional+sos cili life

Toping:-Daging cincang+sosej+bawang besar+keju+oregano+mix herb

Cara:-Sapu sos,then tabur semua bahan toping..Pastu blh la dbakar *xyah lama sgt la,agk keju cair n roti garing rapuh dah la..Pastu blh la ngap..

Hubby aku pun kata sedap..Hubby aku nih janji kenyang jer,semua dia belasah,He he tu yg aku syg tu(sng nak jaga)



Wednesday, March 24, 2010

Xperimen baru n Roti Jala

Nak hapdet klmrn lgi psai xperimen aku nih,tpi mlm ni baru brksmpatan..Sbnaqnyer xperimen aku wat Blueberry n Strawberry Cheese Tart..Sbnaqnya dah lama la nak try wat,resepi dah lama print..So isnin ptg tu aku pun mulakan lah xperimen aku..Igtkan dah xjadi,yerla Baby Syazana duk merap la plk..Sat2 brhenti lyn dia,pastu continue lak..Last2 tu dia duk nangis sakan sgt aku pun teruih brhenti n wak dia msk bilik layan dia..Duk lam bilik ok ja dia,gelak sakan..Mlm tu baru aku continue bakaq tart tu,hubby dah da blh tgk2 n layan dia..Time hubby blk kja,aku jamu la tart nih..Ermm yg bestnyer hubby kata tart nih lagih sedap dri yg kat bakery..Weekend time blk kg tu aku smpat la snggah kedai sayang,yg juai brg2 baking(tu la beli mcm gakla brg)..Sebenaqnyer byk g resepi dlm waiting list aku(nanti2 aku akn br xperimen ngan resepi len plk)..
Klmrn plk hubby nak makn kari@gulai daging utk lunch,so dah alng2 wat kari aku pun wat la roti jala time ptg tu..Snang cite,xyah dah nak pikiaq pe nak msk time ptg,lagi pun roti jala nih hubby suka,aku pun suka(Pgi tadi bekfes pun aku n hubby bedal roti jala tu(smlm msk esbox..
Kali nih aku nak ltak resepi la plk,coz blh la wat rujukan masa depan nanti..Anak2 dah besaq nanti pun blh la cuba resepi yg ummi letak kat n3 nih ye..


Resepi Blueberry n Strawberry Cheese Tart
Sumber : Fp Kak Yati(kak Yati Ambik dari Mak Lang)Tq kak..

Pastry (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour (maklang campur skit ngan susu tepung, garam skit, esen vanila)

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry/stroberi filling

Cara:
1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota mklang : bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer..
Resepi di atas dapat banyak, maklang buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.

Tart yg aku wat nih mmg sedap,tapi rupanyer xla cantik..

Kat bawah nih resepi roti jala plk..Nih resepi yg aku wat selalu la,klu org len xtau la..



Roti Jala

Bahan:-
Tepung gandum(Aku wat lbh kurang 2cawan tepung kut)
Santan+Air(Nak guna susu segar or sejat pun ok ,agak2 pekat la,aku xsukat pun)
1 biji telor
1 sudu teh garam halus
beberapa titik pewarna kuning@kunyit pun blh

Cara Menyediakan:-
Aku Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai semua sebati Kirai atas belanga @kuali leper non-stick Gunakan api perlahan. Tgk dah masak,angkat dan gulung atau lipat ikut suka.Senang jer kan..


Tuesday, March 23, 2010

Blk Kg Lagih

Weekend baru nih kan cuti sek lagih,so knduri pun byk la..Time nih la org nak brtunang la khwn la n bla bla..
Last weekend kami dah blk kg,sepupu aku pnya ank khwn,this weekend plk sepupu aku plk yg khwn..
Blk kg sat jer,blk pgi,ptg dah blk sini..tu pun xplan pun,last minute jer hubby kata nak blk..
Ptg tu b4 blk png,aku ajk la hubby p Tesco AloqStaq..Sbnaqnyer bkn nak beli pe sgt pun,tapi nak p beli donut jer..Kat epal besaq tu..Dah lama dah ngidam nak makan Donut Big Apple..Kami beli 6biji,kira sorang 3biji la..Dah xtahan sgt,xmnyempat dah,pekena yg donut durian tu sorang 1 kat dlm keta..Yg lgi 4biji tu blk continue kat umah mln tu..He he he,blh cmtu..??pic donut nih ambik dlm keta la..Meh la sma2 kita tgk pic donut yg aku duk ngidam sgt nih..




Friday, March 19, 2010

HubbyKu Trsayang..



Semua yg kat bwh ni adalah sft2 hubby aku Sazali B Abdul Aziz sepanjang aku mengahwini dia..Nih kiranyer dari kaca Mata seorang Isteri la(wlpun aku nih xpkai spek pun)..

1..Hubby aku nih mmg kuat tdq..(Kalu blh ari2 Dia nak tdq awai)Nasib la kkdang time Baby nangis tgh mln dia bgn gak..Tu la juga sbb aku sllu merajuk ngan dia,(yerla blk kja dah 6lbh mkn2,men ngan Baby jab,dah msuk waktu mghrb..Kkdng tu xsmpat nak tgk Berita dah trlentok..Ishk wife mana la xmrh n mrjuk kan..Xdan la nak brmnja n sembang2 pun..Aku kalu mrjuk ngan hubby xda sbb musabab len,melainkan sbb dia tdq awai,xbgi prhatian kat aku..Yerla aku fhm la dia letih sgt n penat kat tmpat kja,byk duk guna otak pikiaq mcm2,(Tapi nih baru 7lbh dah blyaq sakan,merajuk la gak kan..Dia kata dia nih dari dlu lagi suka tdq n mmg jns tdq awai..
2..Kalu p beli brg@makanan sume nak cpat,tula sllu trslap..Dia nih sllu jer nak cpat(tdq,bgn tdq,mkn,p mna2,nak ank pun cpt(taun dpn nak lgi sorang,hu hu hu),lagi 1 jln pun cpat)
3..Seorang yg xromantik.. Bkn la rmtic prson yg ckp jiwang2 karat@bhsa bunga2..(xpernah la nak wat apa2 surprise)Time besday pun p beli kek sama2..Huh hu hu..Pmpuan mna pun sure nak hubby yg rmntic kan,tpi xsume yg kita impikan n nak akn kita dpt,so nk jdi hamba Allah n wife yg bek brsyukur jerla pa yg kita da n think positif(org yg kt luaq sana nasib depa lagi teruk dari kita,dpt hubby pmabuk n kaki pukul la,nafkah xbagi la n mcm2 lgi)
4..Xsuka nak bermlm kat umah org,(trmsk la umah mak aku d kg,len la kalu kat hotel sbb dah xpksa,tu pun kami pernah tdq dlm keta)Sbtu mnggu lpas blk kg sppu aku pnya ank khwn,blk pgi sbtu..Ingt nak la tdq sana,aku nih siap wak baju kami 3brnak spare,tah2 dia ajak balik gak..Kul 12lbh tghmlm kami brtolak dari AloqStaq,smpai Png ku1lbh..Kebtulan abg n Kakak ipaq aku pun blk sama,nsb la xkata pe..Mak aku pun nasib la dah faham dah ngan prngai menantu dia nih..Cumanyr abg aku yg turun kul12 tu nak mkn nasi trkejut n tya gakla "aikk hg nak blk dah ke"..??Aku xksh,ikut jerla..Spnjang kami nikah baru bape kali jer dia tdq kat kg aku,plg lama pun time aku continue pantang kat kg ritu..Klu x,jgn hrp la..
5..Kalu nak mmbuang tu,msti kat umah kami jer..Kalu blk kg tu sanggup tahan sampai blk umh baru la nak mmbuang..Prnah skli tu kami klq mkn kat town,dia nak mmbuang..Kami pun rush la mkn n blk umh truih..

Ni yg bek2 plk na..

6..Seorang hubby yg sangat rajin..(selalu basuh baju,wlpun guna mesin,siap sidai lagi tu)Sejak dari dia tau aku prgnt smpai la,lani hubby yg sidai ken..Alhamdulillah sangat kan..Tapi kalu lipat n simpan baju yg dah d lipat mmg dia xpandai la..Adil la kan dah dia tlg sidai,lipat n simpan kja aku la plk kan..Sllu tlg mndikan Baby n mlyan Baby time aku bz..
7..Pandai memujuk..kALU AKU MRJUK DIA PANDAI SGT NAK PJUK..Aku tgk nampak kesian jer muka dia..Dahla wat sedih2..
8..Hubby n abah yg sangat penyayang..Nampak sangat betapa syg nyer dia kat aku n Baby Syazana..
9..Hubby n abah yg penuh tanggungjawab..Dia xprnah nak mlpaskan tanggungjawab kpda kmi brdua n menantu yg xpnah nk lupakan Mk Mrtua(wlpun mk aku bkn tngjwb dia)TQ Abe..Juga bos n pkrja yg brtnggungjwb,(sllu p krja awai n blk lmbat,xprnah curi tulang,mkn gaji buta)
10..X Garang..Xprnah pun nk mrh aku@brkasar ngan aku(wlpun aku kkdang ingat dia diam tu dia mrhkan aku)
11..Sabaq..Sangat penyabaq orgnyer..Tmbah2 time aku prgnt dulu,Sabaq jer dia lyann kerenahku yg suka mrjuk n mrh2 dulu..Sabaq gak kalu baby Syazana mrgam..
12..xCerewet..Sng nak jaga,sume yg aku msak dia mkn jer..Xda nak cerewet2 n kalu sdap dia puji,Klu xsedap tu dia cuma bgi komen jer,Tapi habis gak..
Manja..Ermm mmg sgt mnja n ngada2 ckit,Ahakkss..(NAK MNJA NGAN SAPA LAGI KAN)..Kkdng tu pas blk kja truih msuk bilik,men ngan Baby..Kalu aku wat ccuq ke buah ke aku nanti wak msuk dlm bilik,siap wak ayaq sama bagi kat dia..Kalu dia malas sangat suh suap sekli..(Amboi mnja btoi,mntang2 la ank laki sorang)..Sebenaqnyer byk lgi aku nak bgtau,Tapi nanti2 la plk yer..
Saja la update sume benda2 nih,Nanti Baby dah besaq blh baca n tau pe yg ummi msk jamu abh,sifat abh,kita 1 family p mana n mcm2 lagi..



Raya Awai Dari Date



Nak tau pe menu kami ptg klmrn..???Jeng..!Jeng..!Chewah mcm sempoi je..Sebenaqnyer masak ketupat sotong ngan kuah kacang n nasi impit..Tu la kata raya awai tu..He he he..Sebenaqnyer nih 2nd time wat ketupat sotong nih..Dulu 1st time wat,hubby mcm pelik je, n tanye pe menatang nih..??Blh dia kata menatang,(tapi betoi gakla sotong tu slh 1 jenis binatang gak)Tapi utk kali yg ke2 nih dia dah tau la..Dia kata xprnah tgk n makan pun(Nasib la wife dia nih xpeqak sgt)..
Nasi Impit Nona ni balance rebus raya posa..Dah lama duk bertapa dlm almari,sian dia..Rebus 3peket jer..Tapi mkn ngan 3ekoq sotong sorang..Tu pun nasi impit n sotong da lagi ckit xabis(peti ais la gak jadi mangsa..
Dulu time arwah ayah aku masih da,mak pernah la wat,tapi pas arwah dah xda,1kali pun mak xpernah wat dah..Arwah pun dah meninggal nak masuk 11yr..
Ehem Ehem nila pic Ketupat Sotong..



Thursday, March 18, 2010

Gaya Baby Syazana tiduq

Slm anak Ummi n Abah..

Hari nih sayang dah 4bln++..Nanti berat syg ummi akn update time 5bln yer(pas cucuk)..
Syg nih kalu tdq punya la brlagak,mesti kaki nak letak ataih bantal..Kalu xda bantai kkdang tu kpla ummi la jadi mangsa..Amboi sedapnyer kaki letak ats kpla ummi..Abah punya la syok duk gelak sakan(nasib kecik lagi,kalu dah besaq sure dah kena cubit)he he he..
Mentang2 la dah pandai menerap,tiduq pun nak menerap lanih..KKdang tuh ummi rasa dah lama ckit n sayang mcm dah xlarat jer,ummi pun tlg la kalih kan syg..
Syg la nih mulut punya la bising,duk cakap pe tah la,nak plk time abah n ummi wat xtau ckit,mula la mulut tu pot pet pot pet..Tapi yg ummi n abah heran sgt nape tah kalu depan org len punya la diam n ssh nak senyum..Ari sabtu baru nih balik kg pun time mak cik linda dukung,muka masam jer,smpai makcik linda pun teguq kata muka masam..Len kali jgn la camtu syg,ngan abg Ammar n Kak thirah pun syg wat dek jer..Tpi ri tu masa p umah Maksu Ta,nasib la mau men sakan ngan Abg Aiman,Kak Anis,Kak Fatin,Kak Alya n Farah..Suka men ngan depa ke..??Mcm2 kerenah n keletah la anak ummi nih..