Friday, May 21, 2010

Muffin n Carot Oren kek

Muffin ni sbnaqnyer sllu bebenor aku wat,Tapi dah byk kali lupa nak snap...Sllunyer aku wat half adunan jer(nak mkn 2org jer)..Carot oren n walnut ni pun slh 1 fvrte hubby gak..Dah byk kli gak wat..Aku mls nak cite panjang2 la yer kita tgk pic n resepi terus yer(Kalut2 Baby tgh tdq)..

Muffin nih aku letak blueberry filling kat dalamnyer n da yg aku letak serbuk koko n chocolate emalco..Versi campur2..

MUFFIN BLUEBERI (Kak Madihaa Fp)

Bahan-bahan :

300g tepung naik sendiri
150 g (2/3 cawan) gula kaster
15g (2 sudu besar) susu tepung
120g (1/2 cawan) mentega/majerin
30g (5 sudu besar) madu – MaDiHa Kurangkan jd 2 sudu besar sahaja
90g (2) telur
165g (3/4 cawan) air
3g (1/2 sudu kecil) esen vanilla
* Mama tambahkan sedikit blueberry emulco – MaDiHa tak bubuh

90g Blueberry filling

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 C (350 F)
2. Pukul gula, susu tepung, mentega/majerin dan madu hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam adunan, silih berganti dengan air.
5. Sudukan satu sudu besar bancuhan ke dalam mangkuk muffin. Letakkan sedikit filling di tengah dan tutupkan dengan satu sudu besar adunan. Bancuhan haruslah separuh dari mangkuk muffin tersebut.
6. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak.

Carrot Orange Cake nih aku xletak cream cheese frosting pun,just mkn cam tu jer..Sedap,moist n rasa lemak,masam sikit..


Carrot Orange Cake (Kak Yati Damira Fp)

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese Frosting

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Nota: bagi yang tak sukakan cream, kek ini dimakan begitu sahaja juga sedap. Ianya tidak menjemukan.

No comments: