Tuesday, August 2, 2011

Menu Iftar Day 1:-Ikan Bakar 3 Rasa& Ayam Tempra Nyonya

Jom tgk menu berbuka kami dihari pertama,klmarin,1hb8..Menu yg membuatkan hubby mkn bersungguh2..Ptg klmarin aku xwat kuih papun,just msk lauk pauk n nasi..Tuh pon jenuh juga la ngan dak berdua nih..Selalu msk waktu pgi utk lunch,depa tido,lega lah,skang kena msk ptg kan..
Utk ikan tuh aku guna ikn merah,pastu aku msk segala bhn,gaul cikit ngan ikan,pastu bakar,pas msk,tuang lagi atas ikan,sengaja aku xwat stim..
Ayam lak aku tuka dari ikn tempra nyonya,sedap juga wat versi ayam ni..Kira lauk berbuka klmarin mmg lah sedap.hehe..Jom layan resepi yg aku amik dari umah kak ummi nih..Tengs bebanyak utk kak diana,atas resepi ikn tempra n kak ummi,sbb aku copy dari sana..

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Hidangan sampingan ketam masak lemak cili padi..Lupa lak nak snap ulam2 n ikn masin..


IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Sumber Resepi:-Kak Ummi
Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)(aku tukar kpd ayam)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)(aku pon add juga)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

8 comments:

Nurul said...

Selamat Berpuasa, ct....

Wah, banyak lauk-pauk ct masak tuk berbuka smlm... Sumernya mmg sedap2 belaka... Puas makan... x leh tenung lama2.. heheh... :)

Mas said...

wahhh...sedapnya menu berbuka ct semalam..
menyelerakan betoii..

Nuwairani said...

wah! wah! wah! meriah betol! siap ikannya, ayamnya, ketamnya, ulamnya,...haih....naseb baik dh berbuka time ni...

sifooden said...

Owh Sedapnya.. Owh Sedapnya.. Owh Sedapnya

Yana Shaiful said...

Salam Ct..waaa meriahnya menu bebuka dia..mcm2 ada..sedap..sedap..:=)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ct...
terima kasih sudi mencuba yer ct... :)

menu berbuka ct mmg menyelerakan semua nya... mmg rajin sungguh adik akak sorg nie kan

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

resepi tempra tu mmg ada dlm list.. tunggu masa sesuai nak juga mencuba..

nOOrsha said...

uhuhu sedapnye lauk iftar ni..tp day 1 punye ke..huhu..lambat dtg tggl tulang jer la kn..:)