Saturday, September 24, 2011

Muffin Pisang Versi Kukus & Bakar

Assalamualaikum semua,tgh buat apa tuh,tgh golek sambil tgk tv eks,ke da yg keluar shoping moping,ataupon da lagi yg sibuk g kenduri..Ketika n3 nih di publish,InsyaAllah kami dah selamat smp ke taiping..Sengaja nak bawa anak2 jalan2,yerla ashik terperuk jer kat umah kan.Harapkan weekend jerla barulah leh klq bebas dari kandang..Nak harapkan ummi depa,huhu,gigit jari jerla..Sian betoi kan aku xpandai nak wak keta,kalo hubby g keja,tersadailah keta yg 1lagi kat depan umah,huhu..Nak wat camner,nak belajar n amik lesen pon xsempat g,duk bz ngan dak berdua ni..

Versi kukus.

K lah berbalik pada mapin nih,sengaja aku wat 2versi,dua2 sedap,yg versi kukus dah jadi cam apam lak,sebelah atas melekat,cam leh letak klpa parut,hehe..Dua2 versi aku suke,nana suke,hubby pon suke..Berbaloi2 wat,sbb sdap..Kalo nak tgk versi da inti coklat kat sini eks..

MUFFIN PISANG INTI COKLAT
Sumber Resepi:-Kak IzahDaut

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
*izah guna 3/4 cawan
2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm(Aku guna 3biji utk half adunan)
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)xletak kali nih,cuma letak coklat chip kat atas jer


Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

3 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ct...
oo p jejalan yer... akak dok umah sorg2 jer tadi.. skg baru ada teman.. huhu..
ermm tgk muffin nie terus teringin nak makan tau... waaah rajin betul buat 2 versi sekali yer ct.... meh bg akak ckit.. ada x lg nie? ;)

Nuwairani said...

amboi kak ct! comelnye mapin2 ni....suke jugak makan mapin pisang kukus. terasa kelembutannya...

Moon said...

Salam kak :)

Mohon dah ambil gambar muffin akk untuk cerita dalam post blog saya http://supermoon11.blogspot.com/2012/05/layan-muffin-pisang.html

Salam kenal- Moon