Bukan bizi@merajuk hati,tapi puan punya blog nih baru jer sembuh dari demam panas..Ari sabtu mlm mggu lpas lagi dah rasa semacam jer,pagi ahd tuh lagilah teruk smpai rasa sejuk terketar2 ajer..
Bayangkan lah aku yg mmg xsuka berselimut blh berselimut tebal n siap pakai stoking lagi,tapi masih juga terasa sejuk yg amat,hubby panaskan tungku elektrik,sapu minyak panas kat kaki,barulah rasa ok sikit..
Aku rasa sejuk yg amat,tapi padahal kat badanku bila hubby pegang punyalah panas,bila check suhu,hampir 40 c,shuuby smpai basahkan tuala letak atas dahi aku.Hubby suapkan panadol n air cap badak pon aku rasa badanku masih sejuk2 panas juga..Huhu..
Isnin pagi hubby xpegi kja,terpaksa amik cuti semata2 nak jaga aku n ank2,Pagi tuh hubby bawa g klnik,sbb demamku masih panas,dr kat klnik kata suh aku g hospital ajer,coz demam yg terlampau tinggi,dr suspek denggi jer,tapi hubby janji ngan doktor,kalo demamku masih xkurang esk dia akan bawa aku p spital,blk umah terus mkn ubat n antibiotik yg doktor bagi,dr juga sajes suh minum air 100 plus,pastu suh mkn sup..Blk umah aku nagis semahu2 hati sbb takut kena denggi ,sbb takut kalo kena tahan kat ward,camner ngan ank2 aku kan,nak2 syifa masih BF lagi,hubbylah yg tenangkan hati aku,pujukku time tuh..
Alhamdulillah sgt pas mkn segala ubat2,dengan izin Allah demamku kebah juga ari selasa tuh,Hubby amik cuti juga selasa,coz rabu deepavali..
Pas kebah demam pon aku msh duk rasa lenguh2 badan n hubby suh cuti dulu dari msk2 n rehat ajer,baru arini aku start masak2 n cuci pinggan,alhamdullillah n aku bersyukur sgt kat Tuhan dikurniakan suami yg penyayang,amik berat n sangat rajin membantu aku,nak2 pula time aku sakit bebaru nih..Tima kasih banyak sygggg..Muahhhhhhhssss...Loveeee u Syg..
Pas panjang lebar stori mori,meh kita layang dulu resepi ayam yg aku wat n janji nak tayang dari ritu lagi kan,sorry edisi terlewat..
Baru start pegang lappy 2 3 ari lepas jer,da la BW cikit2,tapi segan nak tinggai komen,coz blog sendri xberupdate,huhu..
Tima kasih byk utk Kak MIMI,Kak Sam n Kak Nieza yg sudi bertanya khabar..Muahhhsss,syg semua..
Nih bkn hangit ok,tapi saja aku goreng garing cikit,Pastu goreng lak sekali ngan daun pandan,lagilahhhhhh bertambahhhh harum bau ayam ni..
Dah siap2 utk diperap..Aku perap semalaman..Mmg best sgt,tapi aku mmg sengaja xwat byk serdak2,sbb hubby mmg xlayan sgt,aku jer yg suka serdak2 nih..
Aku mmg kalo bawang segala macam suka guna blender kering,sbb xnak letak air..
Kat bawah nih penerangan yg sgt detail n mmg panjang lebar dari kak madihaa,kalo sapa yg xtau juga,mmg alamat nak kena hempuklah..Hihihi..
Tengs bebannyak utk kak madihaa ats resepi nih ya,sy suka,ala2 satay lak baunya..Sorry eks,sy xda letak beserdak kat tajuk,sbb sy wat versi xbeserdak,hihi..
Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir(Aku Letak madu)
½ sudu kecil aji (optional)(Aku letak serbuk pati ayam)Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus
Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji
(Aku add juga daun pandan)
Cara2 menyediakan.
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos. (kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).
2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.
3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.
5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..)
6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt!