Friday, November 18, 2011

Yorkshire Pudding Bersosej

Asssalamualaikum n selamat pagi semua..
Curi time letak n3 kejab pagi2 ni b4 nak klr jab lagi..Arini mmg banyak sungguh aktiviti yg telah dirancangkan n byk tmpat yg nak kami p..Biasalah kan aktiviti wajib tiap weekend..
Minggu ni ok lagi xda lagilah panggilan kenduri,nx week lak nak blk kg,sbb kakak aku da wat knduri arwah/tahlil/bersunat sekali,lagilah weekend xda umah..
Cuti2 sek nih biasalah kan,mmg ramai yg mengambil peluang nak wat kenduri,pastu nak bersunat pon ramailah,sbb cti panjang..

Uikks dah cite byklah pula kan,meh kita tgk resepi pula lah eks,resepi yg aku amik dari kakak cantik manis,kak diana..
Tima kasih byk ya kak diana n tuan punya resepi asal,hubby kata pasni kalo nak wat,watlah bagi manis n cicah ngan jem bagai lak,hihi...Nana pon suka sgt mkn,aku wat 1adunan n wat xtebal sgt,so dplah 2kpng,1 keping aku letak sosej,1 lagi letak Scallop Ayam..

:: Resipi Asal Food.com ( TQ )
:: Sumber Resepi ~Kak Diana Sky Blue's Kitchen( TQ )

Bhn²
1 cawan telur yang d pukul ringan(Aku letak 3/4cup=3biji telur)
1 cawan tepung gandum _ d ayak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa(Aku add cikit serbuk pati ayam)
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak
10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju(Aku guna sosej ayam Ramly &Scallop ajer,pastu potong2)
2 ulas bawang merah _ d hiris

Yg nih versi letak scallop ayam..

Cara²
  1. Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
  2. Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Satukan air dan susu segar.. Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi.. Pukul sehingga sebati.(Versi aku lak,pas tpng diayak,aku msk semua lam blender kecuali telurn sosej,pastu blend smp sebati,pastu baru aku mskkan telur yg dipukul manja,pas dah campur telur tuh aku biar ajer lam blender tuh sejam,haha,dasar malas sungguh kan)
  4. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
  5. Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
  6. Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
  7. Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
  8. Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
  9. Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
  10. Angkat dan makan bersama sos kegemaran.
Jemput makan semua,opss kalo teringin kenalah cuba try test eks..DAH NMPK CAM PIZZA LAK KAN.

11 comments:

HomeKreation said...

Salam. Cantik nya pinggan bentuk hati tu.... tak pernah cuba makan ni lagi, ramai yg dah cuba, tatau ler bila turn Along.

Zalieda Zaliedana said...

HomeKreation,
Wsalam Along,Ala pinggan murah yg lelong jer along,hihi..Tuh la ct pon 1st time cuba wat Y/P nih kira oklah blh diterima tekak,tapi ank 1st mmg suka sgt..Nanti Along try ler,da mcm2 versi kat dapo kak diana..

Liza said...

salam ct....nak yg bentuk love tu....cantikkkkk

Nurul said...

Ct, wah sedapppnya yorkshire pudding tu.. smlm dah terliur tgk kat dapur K Diana.. mggu dpnlah K Nrl dpt buat nmpaknya.. skrg ni ade kat Alor Setar.. :)

Yatie said...

uwaaaa menyelerakan sungguh, nama menu mcm omputih je kan, tngk bahan2 mmng mudah je...masuk list gak ni...anak2 suka makan sosej, so bolehlah buat..tq...

nOOrsha said...

salam ct...amboi bekpes mate biru nampak./..sedapnye..kite ritu lg teringin nak wat puding ni tp malasnya ya rabbiii...wahahahh...jamu mate je la dulu kat sini :)

K.Nor said...

amboi.. naik jet arini ya.. ehhe

~Pastries Delight~ said...

dah lam duk ambik resepi tp tak terbuat2 lagi.

Acik Erna said...

Zaliedana..acik dah mula hari ni nak pi kenduri..
sedapnya acik tengok..kalau buat mesti anak2 suka..acik ambik resepi dulu ye..simpan..nak buat ntah bila ni sebab ada kenduri setiap minggu ni

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ct..
Ct, ini ghajin tahap ghaban ni ct oiiii...
Mcm best jer.. Tak pernah try menu ni lagi..
Lauk ayam kat bawah tu pun best arr...

Sheery Dream Cakes said...

wah cantiknya YP bersosej yg ct buat nie... btk luv lg.. suka akak tgk... kreatif gitu.. terima kasih sudi mencuba ct... lepas nie bole ler buat versi yg makan ngan cicah jem, kaya atau susu pekat kan ct.. pun best tau.. ;)