Thursday, May 19, 2011

Ayam Masak Hijau Berempah

Assalam,arini lewat bersiaran,pagi tadi hujan lebat sgt,takut lak nak buka lappy,so join ank2 tido ajerlah..Pastu bz ngan ank2 lak,nih pong si nana xnak tido,huhu..Sekbek si syifa dah tido..K la layan menu ayam yg sedap yg mna resepi nih amik kat umah kak nor..Sedap ayam nih,cuma hubby kata ahk pelik cikit kale ijou,cam lauk berkulat lak,hihihi,pe lah hubby aku nih..Tapi dia kata sedap..

AYAM MASAK HIJAU BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil lada sulah

5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
3 biji cili hijau *
5 - 7 bj cili padi hijau *
1 pokok daun sup * ~ (* diblend)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 cawan air
garam
gula
1 biji limau nipis
secekak kacang buncis ~ dipotong
1 biji cili ~ dihiris serong
sedikit hirisan daun sup ~ utk ditabur
minyak

Cara :
Panaskan minyak dan goreng ayam yg diperap dgn garam dan serbuk lada sulah hingga masak.
Toskan.
Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
Goreng seketika dan padamkan api.
Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.

*K.Nor dah edit sket dlm resipi ni ya. Untuk elakkan ayam jd warna kuning, sila skip serbuk kunyit tapi gantikan dengan serbuk lada sulah..

9 comments:

~Pastries Delight~ said...

salam CT
rajin nya masak mcm2 rasa2 nya klu umah kita dekat nak gak tadah mangkuk he..he..

anymz said...

huiih..elok betui hijaunya ayam tu..cantik.meh kat akak sikit.nak rasa.sedap ke idak..hehe

izahdaut said...

wah.. ku lihat hijau..
mek ni kalau memasak memang nampak sedaaappp jee.

Bee said...

zaidah..sedapnya!!!!

Mas said...

wahhhhhh...hijauuuuuu...
cantik la..
sedappkan ct ayam ni....
kak mas dah 3 kali buat tau.....kikiki

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ct...
sejak dua menjak ni.. akak pun dok sibuk mencuba resepi yg kaler2 ijau gak.. hehehe.. tp resepi yg ct masak ni lom cuba lg... nnt bila2 rajin leh try.. heheh...

Yatie said...

uwaaaa betul2 ijau tu..akak pun dah masak ayam ni..sedapkan resepi KNor ni...

Unknown said...

Assalammualaikum Ct, wahh dah byk dah menu bestx2 akak tertinggal ni...semuanya sedapx2 tak terkejar dah akak dgn n3 kwn sekrng ni...ayam msk hijau ni nanmpak menarik nanti bolehlah cuba ni.

Zalieda Zaliedana said...

Dapur Kecilku,
Kak Ida,akak,xla rajin sgt kak,kalo time mls,tapau gak,hehe..Kalo kita berjiran best gak,sy pong leh tadah manhkuk,akak boh bihun sup lbh ya,hihi..