Tuesday, May 10, 2011

Roti Benggali Lagiii.Sedaplah Tu..


Assalam semua..Wat lagi roti benggali nih,atas permintaan hubby..Nih last weeknyer nih,baru teringat nak tayang..2biji tuh dia cicah ngan kuah kerutup..Yg lagi 1biji,aku bakar kjab,pastu wat oblong burger utk minum ptg esoknya lak..Roti tuh aku wat pong dah jauh mlm,hubby nak wat bf..Sbb sdaplah tuh dia suh wife dia wat lagi roti benggali nih..Utk roti benggali nih,aku guna tepung gandum,coz tepung roti kehabisan stok..Weekend baru nihg beli lagi tepung roti..Dah 3kali aku wat roti benggali resepi nih,wlpong guna tepung gandum,tapi tetap mnjadi..K lah resepi,aku letak lagi sekali lah ya..Utk rotibenggali yg 1st aku wat,leh tgk di sini ya..



Resepi Roti Benggali
* 350g tepung roti
* 1 sudu besar shortening
* secubit garam

Bahan B :

* 120 - 160 ml air suam - Aku letak 150 ml
* 1 sudu makan yis serbuk
* 2 sudu makan gula castor





Cara membuatnya :

1. Bahan B digaul bersama
2. Semua Bahan A digaul sebentar
3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira- kira 30 - 40 minit
5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20 - 30 minit
7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

Cara Mas :*Aku pong wat mcm kak mas,masuk semua lam BM..

1. Mas masukkan semua bahan A dan bahan B dalam breadmaker, tekan start dan biarkan hingga doh naik.
2. Keluarkan doh, tumbuk - tumbuk untuk buangkan angin, bentukkan dan susun dalam loaf roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
3. Sapukan atas roti dengan kuning telur + susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170 c bergantung pada jenis oven yerk dengan api atas bawah.

5 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

bankrap benggali tak leh jual roti...puas hati wat roti sendiri kan...

Mas said...

waahhh...lembut gebu gebas roti benggali tu.....
kak mas pun suka roti benggali ni..
memang terbaikkk...he..he..

Ayu said...

Assalam zaliedana,
sorry akak lamabt berkunjung balas..ada sikit sibuk..thanks sudi keblog akak yg tak seberapa tu ya..salam kenal juga buat zaliedana ya..roti benggali memang nampak lembut..dah taapaayah beli lagi lah lepas kan?..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

elok je lembut walaupun guna tpg gandum semata... rajin tul ct ni....

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

terliur tengok roti ni.
CT bakar dalam BM atau masak dlm oven?
akak ni malas nak transfer2 masuk oven he..he..