Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Wednesday, April 6, 2011
Udang Goreng 2 Versi
Assalam,baru sempat nak update menu minum ptg,dak ber2 dah tidur,hubby pong dah tidur gak,ngantuk sgt katanya..Xpala,dpt la meronggeng n merempit ke dapo kengkawan kejab,hihi..Rini goreng udang 2 versi,1 udang celup tepung,resepi di sini ya..1lagi udang bersalut oats..Tapi udang yg aku guna nih xbesar mana,ah xapa lah,jnji kenyang n sedap dah..Udang kan kolestrol tinggi,so bila di salut oat,kira turun ckit kot tahap kolestrol tuh,hihi..K la meh layan resepi yg di angkut dari dapo kak dayang eks,.Tengs kak dayang ats resepinya ya..
Udang Bersalut Oats
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
bahan-bahan :
* 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
* 2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
* sedikit air atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja)
* 2 tangkai daun kari
* Oats secukupnya
* minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya)
Cara-cara :
1. Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.
2. Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
3. Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama sos cili.
***campuran mentega untuk menggoreng akan menambahkan lagi keenakan udang selain wangi dan garing.
Versi celup tepung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum..semalm zaidah ke dapur akak..pagi ni akak skodenag dapur zaidah pula..amboiii bestnya dia masak..macam2 ada, Penang kat mana? Acuan pueri ayu tu akak beli kat kedai baking.
amboi...
meh udang tu sikit....
tak baik tau makan sorang2...
isk3! betul kata Mas, tak baik mkn sorang, byk lak tu.. bak sini sikit... hehehe
Sofea,
Akak tima kasih la sudi skodeng balik kat sini..Sy duk kat bayan baru blkang klnik gigi marina,Akak panggei ct jer kak,rasa janggal lak panggei zaidah,hihi..Btw,akak area mana n kedai baking yg kat mana kak.?
Kak mas,
Akak meh la nak bagi cikit udang nih,kak masak pa rini,kita tuka yer..
Sari Yusa,
Kak yus,bagi sekoq dahla utk akak,wat tahi gigi,hihi..
Post a Comment