Saturday, February 26, 2011

Pizza Sedap n Mewah


As'salam n morning semua..Dah bf ker..?Hehhe..Rini aku gantung kuali jer,coz tghri nanti nak kuar g jln2 n shoping2 ckit,mggu nih xjdi lak blk kg,coz hubby da kja ckit,next week la plak..Erm pizza nih aku nmakan pizza sedap n mewah sbb,pizza nih mmg sedap n toping lak mmg mewah ler,dah segala mcm aku taruk hehehe..Hubby pong bla aku tya sedap ke x,dia kata mmg sedap,eh dia mna berani kata xsedap takut bini dia xmo masak dah,wakaka.Xda la laling aku ckp sedap n lagi sedap dari pizza hu* tu sebab yg bini dia wat nih mmg lagi sedap,eh berapa byk sedap daa.Meh kita zass layan resepi lah eh,resepi utk doh aku angkut kat umah kak ummi kuantan,sekali lagi tengs yer kak ummi..Utk topping semua aku wat campak2 semua bhn yg da stok jer

Time nih blm bako yer..

PIZZA DAGING KARI
Sumber resepi:Kak Ummi

Bahan (Doh Pizza):-
* 2 cawan tepung (*akak guna tepung high protein)
* 1 sudu besar yis kering (mauripan)
* 1/8 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula kastor
* 1/2 cawan air suam
* 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan2 nyer yer puan2..Psstt lupa nak snap daging kisar kari tuh..

Bahan Inti:-
* 100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm)
* 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar)
* 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar )
* 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
* 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun)(Aku guna butter cair jer)

Bahan Lain:-
* 1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
~*Aku marinate ngan sos kimball tradisional+soso cili+ dry oregano cikt,pastu aku add nenas,sosej,crab stick,button mushroom,cili merah+hijau n bawang besar dadu)
* 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih)(Aku pun guna lebih,siap tmbah cheddar lagi,muahaha)

Cara Membuat:-

1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.
2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, kacau sebentar dan masukkan daging kisar. Masukkan garam dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
3. Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.
4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.

Keratan rentas nih balance2 pas kami dah ngap,hubby dah lapo bebenor dah tu yg xsmpat snap pic dah,laling aku duk p mai p mai kat dapo tggu pizza nih,ni sume sbb aku duk gentel2 yg bulat2 tula,yerla nak msuk cheese lagi,kunun2 ala pizza hut la,tapi hmpeh xjadi pong,wakaka..Xpala jnji sedap wlpun rupa xcntik,ayat pujuk diri lanih.

1 comment:

Umm Mymoonah said...

Oh! My , that's a yummy looking pizza.