Friday, November 18, 2011

Ayam Serai Kasturi

Assalamualaikum..
Dah lunch ke belum..Ke ada yg baru nak msk..Kalo tgh berfikir2 nak msk pa,Ayam serai kasturi nih eloklah dijadikan pilihan,sbb mmg marbeles,cukup segala rasa..
Tapi kan kalo rasa serai xda stok tuh elok ajer simpan dulu resepi nih smp da serai eks..Kalo aku nak bagi serai tuh boleh ajer,sbb stok serai mmg byk nih aku beli . Kalo umah kita nih berjiran boleh juga aku hulur serai,pastu hampa lak hulur ayam nih kan,best gak camtukan..hihi(Marah Kak Anymz kalo baca yg aku tulis nih,haha..Ampon kak nim,sajo jo nak gurau2 ngan akak..
Mula2 terpandang ayam nih kat umah kak wattie mmg terus terpikat n save resepi,cadang nak wat klmarin lagi,tapi sbb da lauk xabis,aku panaskan ajer,so arini baru berkesempatan nak menerai resepi nih,Tup2 resepi nih dah smp Finland,lagilah wat aku xsabar nak msk ayam ni,hihi..Cepat sungguh kak nieza,pakai enjin pa kak,hihi..
Jutaan terima kasih aku ucapkan utk Cmg atas resepi best ni,juga wat kak Wattie cayang sbb kongsikan resepi nih ya..Juga utk kak nieza cayang yg watkan ai terliur n xsabar nak menerai..,
Jom semak resepi kut ada yg nak mencuba..

AYAM SERAI KASTURI

Resepi :-CMG
Sumber Resepi:-
Kak Wattie

BAHAN-BAHANNYA :-)


1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

Daging goreng kunyit campur brokoli n bunga kubis,kira 2in1 la,jimat masa,coz xyah wat sayur dah,huhu malas sungguh kan..

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...


Jom jemput bismillah..Mmg sedap ayam nih,cam ala2 rendang lah pulak,tapi da rasa masam juga,mmg bestlah..

6 comments:

Liza said...

salam ct....tergoda betul akak tgk ayam ni...nmpk cam rendang...rasa kalau mkn dgn pulut kuning pun best ni...

Sheery Dream Cakes said...

ct.. akak x lunch lg nie.. tgk ayam nie terus lapar tau... menyelerakan sungguh... sedaaaapnyaaa..

Unknown said...

perghhh sedap dan mabeles kan...memang tak rugi nak mencuba..haha akak pepagi dah terbang ke daput CT dulu ni...terasa mcm nama diseru-serukan pepagi ni..hehe apa pun tq dik CT cyng.

sekali sekala jer enjin turbo tu menjadinya CT kalau tak tertinggal ketapi jer akak ni..ngehx3

Chik Mimi said...

Ct terguda tengok ayam tu duk berpossing tau,

Wattie said...

Assalamualaikum Dana,
Wahhhhhh Dana pun dah try ayam ni, best kan, rasa cam nak amik cicah ngan roti la pulak, terliur dah ni.
Tu la akak pun baru perasan yg Nieza expresso sungguh sat saja dah siap terletak kat dapuq dia..... apa pepun terimakasih kerana mencuba ya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terliur lg akakkkk...... sabor jelah.. mmg nmpak sodap!