Thursday, November 3, 2011

Donut Keledek


Assalamualaikum &selamat pagi semua..

Pagi nih kita layan donut lak eks..Mmg xrugi wat donut nih ptg klmarin,sbb memang gebu,lembut n sedap..
Pertama kali mencuba terus jatuh chenta,donut nih mmg terbaik selain dari donut kentang yg fatma tuh..Pasnih kalo nak wat donut,mmg akan guna resepi ni,sbb mmg berbaloi,hubby yg xbape suka donut pon ckp sedap n xmuak..Pasni kalo nak wat lagi,nak ikut resepi asal,guna kentang lak..

Akceli,2ari lpas kakak aku ada msg tanya resepi donut yg best,aku nih kan jarang2 sgt wat donut,pastu msg tanya kak izah punya sajes,so kak izah la sajes donut nih..Cam xbest lak kalo bagi resepi,kalo aku sendri xtry dulu mmg betoi2 best ke x kan,so da stok keledek jer,mmg aku terus wat ler ..
Tima kasih byk utk kak izah,atas sajes nih ya,tq juga utk kak nor,sbb idea tuka keledek darinya,pastu tq juga utk Ros sbb berkongsi resepi..

Jomm zassss tgk resepi yg mmg best sgt nih..

RESEPI ASAL: DONUT KENTANG
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Copy Paste Dari:-Kak IzahDaut

Bahan-bahannya


250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)


( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)


Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.


2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.


3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.


4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


*Izah refer pada resepi ni di atas. Izah gunakan 100gm keledek diblender dengan 80 ml air. Tapi tepung perlu ditambahkan.(Aku guna 100gm keledek n air 70ml ajer)

Aku goreng half jer utk mkn klmarin ptg,yg lagi half goreng 1/2 masak utk frozen,sonang kja kan..
Gula aku tabur cikit2 wat syarat jer,aku kalo beli donut,mesti ketuk2 dulu gula,nih wat sendri oklah sbb tabur cikit jer gula,lagipon kalo nana mkn,paham2 jerla,nanti mesti gula bertabur sana sini,huhu..

RESEPI ADJUST BY KAK NOR
sumber: Kak Nor SGN67


500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket


Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.


2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.


3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.


4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

10 comments:

Acik Erna said...

Zaliedana..acik tak pernah buat donut ada bahan lain ni..nak cuba jugak la..nanti nak cari keledek..terima kasih ye

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ada rasa macam kuih keria tak?? Akak tak pernah buat donut biasa, kalau muchkin donut tu adalah, tupun buat style org buat jemput2.. hehe

LiNa_Pg said...

assalam, sedap donut keledek ni, makan seketul pun kenyang hehehe

EmbunRosaliza said...

Assalam Ct, nampak gebus je donut tu, mesti sedap. Keledek kuning pun ada kat umah ni, kalo terajin boleh buat ni

Amie said...

rajinnya Dana mendonut...memang donut keledek sedap! tapau ye Dana barang 3 ketul...

CT Delima said...

As'salam CT

Selamat ulang tahun buat baby girl Syazana. semoga sihat walfiat dan sentiasa dirahmati hidupnya dunia & akhirat..aminn

CT geramnya dok tgk donat tu. macam nak cekut masuk mulut...hahaha. k.ct lama betul tak mendonat, selagi tak ada yang request malas nak buat..hahaha

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ct...
wah rajinnya mendonut... akak suka makan donut keledek.. tp beli jer biasanya... :D

Chik Mimi said...

ghajen sungguh la panaskan enjin lepaih baik demam ni :)yg frozen utk kak ada dak?

Totie@Tomy said...

sedapnya saya ni pengemar donat..hubby pun suka makan donat tambah lagi yang panas2..

Nuwairani said...

donut keledek la pulak sekarang....gebusnya....besar2 pulak tu...haih...geram je tengok.