Dah ptg2 gini baru dapat bersiaran..Pagi tadi sakit kepala,rasa xlarat ajer,pas hubby g kja continue tido blk..Bgn kul10,haha..Puas tido..Bgn2 msk simple2 n hangatkan lauk yg xabis klmarin ajer..
Sebenarnya aku xsabar nak blk kg jumaat ni,sbb knduri umah kakak aku,pastu nak menziarah pak su aku yg baru pulang dari Tanah Suci semalam..Kul 12lbh juga baru turun flight,aku x p pon kat byn lpas,coz dah lewat sgt anak2 dah tido,nanti kalo pegi juga takut meragam,so blk kg nanti baru menziarah sekali..Segoga beliau,maksu n jemaah yg lain mendapat Haji yg mabrur..InsyaAllah 1ari nanti aku juga nak menjejakkan kaki ke sana..
Oklah meh layan kerabu n masak lomak yg best ni,yg menbuatkan hubbyku memuji n makan ngan penuh selera sekali,hihi..Tq utk kak yatie n Cmg atas resepi nih ya..
Resepi:CMG
Sumber Resepi :-Kak Yatie
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 biji jantung pisang
- 15 ekor udang saiz sederhana
- 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
- 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
- 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
- 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
- 4 biji limau kasturi, perah jusnya
- 5 biji bawang merah, hiris halus
- 100 ml pati santan
- 2 biji cili merah*
- 3 biji cili padi*
- 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
- Garam dan gula secukup rasa
- Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
- Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
- UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..
Resepi Masak Lemak Labu Berudang
Sumber Resepi:-CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana(Aku msk 1/4biji jer)
8 tangkai panjang, dikerat pendek(Aku xletak)
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Aku add juga udang basah n sedikit cili padi kisar)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
- Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
- Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....
15 comments:
assalam
salam kenal di alam maya...
jom singgah mama sara nur blogsport..
sedapnya menu Dana arini, dua2 lauk tu kegemaran akak tau..kalau ada ikan masin ni lagi bertambah2 nasi dan lauk...
mama sara nur,
Waalaikummussalam,tima kasih singgah sini,InsyaAllah..
Kak Yatie,
Mmg da goreng ikan masin n wat sambal belacan tempoyak juga kak,pastu rebus bendi juga,sbb tuh hb pulun sakan,hihi..
ooo lauk ala kampung lah
CT dulu akak slalu berangan klu gi umah anak nak gak singgah jumpa CT tp skrg anak pun dah dpt tukar KL nampaknya tak tau bilalah dpt mkn angin kat sana yer.
DAPUR KECIL KU,
Kak Ida,owh ank akak dulu duk penang eks,ala kalo x leh kita jumpa kan kak..Sy pon teringin nak jumpa akak n kak ratna/madihaa..Nanti da jodoh n rezeki InsyaAllah kita leh ketemu kak..
assalam ct, sedapnya kerabu jantung pisang, nmpk udg tu lg sedap
tadi akak tgk kat dapur kak Yatie sekrng kat dapur CT pula...lagi sekali buatkan akak terliur..ishhh nanti nk pi cari jantung pisang jugalah..hehe
manyak sodap tuh sayur..hehehe
Alamak CT syr lemak labu n jantung pisang ala peranakan mmg nmpk sedap lah lama betul mama tak msk or mkn mana lah nak cari jantung pisang kat Spore.. pandai CT menggoda mama eh!!!
sedapnya...kerabu jantung pun suka..gulai lemak labu pun suka....haisshhh..lapo tengok..kkeke
hadooooiiii....sedap banget! ni dah hulur pinggan dah ni....bubuh lebih-lebih udang tu atas pinggan kakak ye Dana....
wahhh ada jantung pisang... sedapnya! blk kg nnt kalu ada jantung pisang leh angkut blk kl... ngences akak tgk...
waah..sedapnya menu..semua fav nii..yana plg suka kerabu jantung pisang..dh lama xmkn..kna p cari jgk nii..dh meleleh air liur hikhikk
morning kak CT!! ^^ tun x pernah mkn kerabu jantung pisang! sedih je rasa.. nnti blk kg blh laa gi cari jantung pisang. terliur dh nih.
amboih bersusun udang.. sedapnyee... kite mmg suke mkn jantung pisang, wat kerabu ke, masak lemak bubuh cekur ke, rebus ngan makan ngan air asam ker, sue suke.. sedpnyer la hai... terasa2 kat tekak.. terliur!
Post a Comment