Sumber Resepi :-Resepi Raidah
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk rempah kabsa( kalau tak ada,gantikan dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
*Aku tambah 1sdt Cajun n 1sdt serbuk pati ayam
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
*Aku tambah daun pudina,serai n daun pandan
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.(Aku masukkan air ayam yg keluar,juga sedikit serbuk rempah kabsa)
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Jom jemput bismillah semua..
16 comments:
Kalo dok dekat, i bawak je pinggan pi tadah umah u...
perghhh teringat nasi mandi resipi raidah gak.. dah lama tak buat .. sedapnyer nampak yg siti tu.. k.nor tak makan lg ni, hulur pinggan kat sini jer la ya..
mr posmen dah sampai blum? :)
aduhh.. rajinnyer adik akak yang sorang ni.... terliur tengok masakan arab ni.. rasanya akak lom try pun lg masakan nasi arab gini... ada kerajinan lehla mencuba...
oh ya.. terima kasih resepi ayam goreng kfc yg CT share ritu.. akak senyap2 salin resepi kat sini.. saja tak bagitau sbb kalau bgtau takut tak terbuat.. hehehe.. sedap sgt.. mmg sebiji mcm kfc punya.. akak buat ikut resepi mmg sebiji versi hot & spicy tu..
Cheq Sue,
HEHE,Boleh ajer,kalo dekat sy dah p hantaq,xyah hulur pinggan ..
adeehhhh...sekali pandang, setaraf dgn yg ada di restoran berbintang2.... bagi 5 bintang!
Kak Nor,
Yg nih versi da rempah,sedap juga kak..Owh akak xmakan lagi ek,meh nak bagi sepinggan,mmg da lgi nih kak..
Kak MadihaA,
Sedap juga kak layan masakan gini,kalo nak mkn kat kedai,siap jugalah duit kan..
Owh akak wat ayam yg resepi tuh ya,mmg best kan resepi ijan tu..Hehe,cik abg pon ckp mcm kfc..
As'salam CT
Dah ternampak juga masa ronda2 cari resipi ni kat blog Raidah yg duk kat arab tu..hihihi. Tapi lom sampai rajin macam CT lah nak buat. InsyaAllah bila angin CT dah samapi kat kak ct nanti baru buat.
Tapi hari ni nak numpang makan jer , bolehhh! hihi
Kak Amie,
HEhe tengs kak,tapi nih hotel xda bintang kak..
Kak CT Delima,
Ala kak sy nih xla rjin sgt kak,smbil duk bz ngan anak2 kecik,kadang tuh masak pon cincai jer kak..Hehe,nanti kalo akak rajin,leh la try,sy wat juga rempah kabsa tuh,leh perap ayam,sedap juga..
Salam CT...
menarik betul ngan kejadian nasi & ayam serta rempah KABSA... ni nak print resipi dulu k... mesti try out this recipe ..nmpk menyelerakan :P
Mama Hawa/Mama Nani,
Waalaikumussalam mama,
Alhamdulillah mmg sedap mama,utk nasi tuh saja sy wat mandhi berempah,best..Try la nanti..
salam ct payung
dah lama tak bertandang ke sini..dah lama tak buat mesyuarat tingkap..tak berapa sehat lah ct..ni pun akak gagahkan jugak..masuk entri pun yf biasa2 je..asek muntah dari pagi..kalau melarat kena warded lah nampaknya..
Aduhai! sedapnya menu nasi ni...lengkap sumenya....bilala rajin nak buat kan...amik resepi dululah...:)
wahh..bestnyaa..terasa nk bermandhi plak lepas nii..ari ni cuci mata sini dulu..hehee
wah sedap sedap sedaaaap... akak ngan lapar nie ct... tp nie pasti dah abis nie kan.. akak datang lambat... uwaaaaa.... sedaaapnyaaaa
Post a Comment