Thursday, June 9, 2011

Bahulu Senyum

Assalam semua,update kalut2 ni,coz dak berdua xtido lagi..Bahulu nih aku wat ari jumaat lagi,pas kak madihaa tayang kat blog dia nmpk mekar jer,jadi tertarik le plk,padahal buku jelita aku beli gak n da tgk resepi nih,tapi kkdang aku takut nak menerai resepi lam bku,takut xmnjadi,hehE..Bahulu nih kira mnjadi gakla wlpong hanya tersenyum sumbing gitu..Tapiiii,ada tapiii mmg lembutttt..Aku smp bf ari sabtu pon mmg lembut..Kira xrugi n mnyesal mncuba..Aku wat half adunan dpt byk gak..Teng pada tuan punya resepi asal n kak madiHaA KU SAYANG,muahhhhhss..


Baulu Senyum
Resepi : Penulis Novel Ainin Naufal (Majalah Jelita Mei 2011)
Bahan-bahan
1 cawan gula halus (MaDiHaA guna ¾ cawan)
1 ¾ cawan tepong gandum
1 camca teh serbuk penaik (baking powder)
1 camca besar ovalet
2 biji telur, disejukkan (dari petiais)
¾ cawan susu segar
1 ½ camca teh esen vanila

Perasa:
1 camca besar coklat emulco
1 camca besar pes strawberry (MaDiHaA campur pewarna merah sikit)
(boleh gunakan sebarang perisa kesukaan)

Bahulu aku kurang mekar kalo nak banding ngan kak maDiHaA.
Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan (kecuali bahan perasa) dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga adunan putih.
2. Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Campurkan coklat emulco pada satu bahagian. Bahagian kedua dicampurkan dengan pes strawberry & bahagian ketiga dibiarkan putih.
3. Panaskan periuk pengukus anda. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. Paipkan ketiga2 adunan ke dalam cawan kertas sehingga memenuhi ¾ ketinggian cawan kertas.
4. Kukus selama 15 minit dengan api kuat. Sedia dihidangkan.

2 comments:

Mas said...

rajinnya adik sorang ni mengapam..
haa..kan dah senyum tu...
suka la tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ct..
takperlah tak senyum pun dik.. janji baulu tu sedap.. mmg sedap & lembut gila2 kan? hehehe.. akak rasa mungkin faktor acuan pun memainkan peranan gak kot.. coz akak guna acuan tinggi tu kot yg kembang setaman.. ataupun mungkin sbb akak kukus terlebih 5 minit.. entahlah.. sbb akak tgk gambar dari resepi asal takdelah snyum lebih2 mcm akak punya.. hehe..