Thursday, April 14, 2011

Kek Pisang Bercoklat Versi Marble Xjadi


Assalam,kek pisang bercoklat resepi kak nor,aku saja la nak wat versi marble,Tang bahagian warna koko tuh,aku da campur coklat parut n coklat emalco,pastu nak bagi cantik la,sbb tuh nak wat marble,tgh duk syok kaub balik adunan,dengaq syifa nangis cikit,pastu,pas aku dah bahagi adunan 2 bahagian lak,makin kuat dia nangis,pastu sampai dah meraung sakan,selop org utara kata,aku pong xterus ja curah2 kek atas loyang,kira marble ala2 jala,uish mmg xpuaih hati betoi la,coz marble xcun..Masuk bilik tgk dak berdua nih dah bgn,padahal time aku klq bilik tuh,nana baru 5minit tiduq,nih gara2 syifa nangis lah,dia bgn..Papun,pas kek masak,terus potong nak snap,nana punya la xsabaq nak mkn,bila dah suap tuh,nak lagi,bila suap lagi,dia nak lagi,ummi lak,bila ngap ckit,eh sedap lah kek nih,ngap lagi,erm sedapnya,ngap lagi,last2 baru teringat,eh nih nak rasa ke dah melantak nih,huaaa..K la dah cite panjang2,promot baik punya,kak nor,minta izin cnp kat sini ya..


KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.

6 comments:

K.Nor said...

pas suap, nak lagi.. suap lagi.. dan lagi.. eh.. bila nak bg akak sepotong nih hehe..

cantik gak tu buat stail marble.. ada kelainan.. tp rasa insyaallah sedap kan.. mekasih CT sudi cuba kek pisang bercoklat ni :)

Unknown said...

lawa dah tu corak kek tu ct...janji mkn sodap...tapi akak sekrng mkn apa pun tak boleh tekak sakit tak boleh nk telan...sabar jerla...

Zalieda Zaliedana said...

Kak Nor,
Meh nak bagi 2potong,utk akak n Cik abg Tolahah,hehe..Akak tima kasih juga share resepi nih ya..Rasa mmg sedap sgt kak..

Zalieda Zaliedana said...

Kak Nieza,
Lor siannya kat akak,Jgn lupa mkn ubat ya kak..Xcantik,tapi rasa mmg marbeles kak,hehe..Pstt,kak hepi annibersari yg ke5 ya kak..Moga kekal bahagia hingga ke Syurga..Amin..

Kak Sam said...

Rupa tak apa yang penting rasa.

Zalieda Zaliedana said...

Kak Sam,
Yer betoi kak,tapi tu lah,kalo blh tu nak gak wat cun2 kak,tapi anak mesti lah diutamakan dari kek nih kan kak..Papun rasa sedap kek nih,nnti kak try lah yer..