Friday, April 1, 2011

Takoyaki Versi Amatur


Assalam n selamat pagi jumaat kpda semua penggunjung DZ..Terima kasih sudi berkunjung ke sini ya,walaupong blog nih hanyalah blog biasa2 ajer,yg blogger2 atasan xkan pandang walau sebelah mata pong,tapi aku xkisah,coz tu hak diorang lah kan,hihi..Oklah takoyaki nih menu minum ptg semalam,dah lama dah teringin nak makan takoyaki nih,coz slaluduk nmpk kak nor n kak hana duk tayang.Ari sbtu lepas,pas lunch tuh ajk hubby g jusco,coz nak beli brg2 utk buat c tako nih..Sabtu tuh mmg ujan lebat,aku suruh hubby tggu lam keta jer,jaga dak berdua tuh,sng ckit aku msk sorang..Duk tercari2 brg,sbb aku bkannya tau sgt pong,pastu try call kak madihaa,1st cll dia xangkat,2nd baru dia angkt,1st time dengar suara dia,sllu sms,or komen kat blog ja,uish garang gak sora dia,aku pong tanya jerla pa yg xtau tuh ngan slamber,Owh rupanya kak madihaa tgh drive,ckp curi2,takut polis saman muahaha..Papun tengs utk akak madihaa,coz dlm takut kena saman tuh sudi juga melayan call dari aku,muahh utk akak,ngee..Aku beli juga takoyaki nih 2set,nak juga rasa b4 wat sendiri,sotong xda lak,aku beli yg filling udang n ayam cis..Komen dari hubby yg 1st time mkn cam aku gak,"sedap gak,blh la diterima tekak gak benda nih".Ptg tuh lak b4 aku klq g beli mkn mee n beli jeruk tuh,Chik Mimi mai antaq tako maker kat umah,1st timela face 2 face ngan chik mimi nih,fuhh xsangka sungguh,orgnya begitu cung,muka dia ayu jer,n putih u,Pujian ikhlas yer,bkn sbbdpt less beli tako maker,ok..hihi..Jgn marah chik mimi gurau ajer..So pada sesiapa yg teringin nak mkn @ wat sendrik takoyaki nih,leh la order pada chik mimi,akak yg putih n cun ini ya..Klik aje pada nma cik mimi ok..Panjang cerita betoi kan,padahal nak tyang takoyaki jer,aku wat 9biji nih aje utk 1st trial,balance tepung aku smpn lam peti,coz klmarin jiran aku balas pinggan dia bagi lepat ubi kayu,(1st time aku mkn,mmg sedappppp sgt,aku cam nak mnta resepi jer).Dah la dia antaq tuh tgh suam2 lagi,fuhh mmg sempoi lah,Takoyaki nih,seterlah aku baca kat blog kak madiha,mmg aku faham camner nak "mem"bulatkan c tako nih,coz kak madiha terangkan secara terperinci..Utk batter aku guna resepi kak hana,utk sos,resepi dari blog kak madiha..Akucnp ke2 2 resepi ajer,supaya senang utk rujukan di masa depan..Tengs utk semua yg terlibat dalam resepi nih ya..


Snap pong ala kadar,wat syarat jer,coz hubby dah lapq,syifa lak duk nangis baru bgn tido..Kalo aku lambat hidang tako nih,sure hubby ngap lepat jer,alamatnya tako nih,dia xmakn lah,coz dah kenyang..Aku letak filling isi udang n sotong,kubis lak,lupa nak suh hubby beli,so mcm xcukup syarat,batter tuh nnti baru buat len,bagi ckup group dia dulu,hehe..

Resepi :-Kak hana
Bahan-bahan

* *250g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food
* *2 biji telur
* *750ml air
Bahan Isi

* tako@sotong - bleh juga crab stick - potong kecil2
* kubis - cincang halus
* keropok - mcm dlm gambar.kat mesia tak tau ade ke tak

Bahan Topping

* mayonis
* sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
* fish flakes @ ikan parut
* nori halus

Cara-cara

* Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2.
* panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara.
* tuang adunan tepung ke dalam acuan.
* cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
* tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh.
* balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
* dah masak angkat.
* tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.
* siap utk dmakan! sedap makan panas2!



Resepi:-Ilhammusafir
Sumber resepi :-Kak MaDiHaA
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.

Lepat ubi kayu yg sangat sedappppp..

9 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ct...

kehkehkeh... gelak duluuuu ni.. jangan mareeee... GARANG ehh sora akak? sabor jelah.. tulah masa ct call tu tengah drive & masa tu gak tengah jalan jem.. so sambil bercakap mata kena berhati2 nak pandang kat depan takut terlanggar bont*t kereta depan... plak tu takutkan pak polisi mana tau kot2 dia ada jaga kat trafic light.. tu yg bercakap pun dengan nada yg serius.. hehehe...

pandai pong membulatkan takoyaki tu.. kira PAS ler tu first time buat dah jadi comey bulat2... tahniah!

izahdaut said...

wahh..terror dah bertakoyaki dah...akak tengok jela..hehe

Zalieda Zaliedana said...

Kak Madihaa,
A"ah kak,dengar sora cam garang jer,mula tuh takut la gak,kut mengganggu akak,hihi,btw tengs yer akak..Xpa faham,kalo kenasaman xkenaya kan..

Zalieda Zaliedana said...

Kak izah,
Akak bila lak nak mentako,hihi,best gak kak,"mem"bulat c tako nih..

Wattie said...

Salam Dana,
Akak tak pernah makan lagi nih, nak rasa leh

Unknown said...

sedapnya....akak tak pernah buat lagi la takoyaki ni ct...nanti akak blk tolong buatkan yer...ehehehe

Zalieda Zaliedana said...

Kak wattie,
Waalaikumussalam kak,sy pong 1st time gak kak,time beli bhn tuh,belisekali kat jusco tuh,hihi,sedap gak kak..Nnti try lah akak,guna acuan kuih cara pong leh,kalo xda acuan..

Zalieda Zaliedana said...

Kak nieza,
Boleh kak,nnti kita ajk ramai2 geng pg,kak wattie wat kek,kita gader ramai2 eks.hihi..

HaSue said...

eh akak x pernah lg mentako nih..nk carik tepung takoyaki tu pun mcm mustahil jer nak dpt..huhu.. nanti laa try carik2 lg..akak suke gak mkn nih..filling sotong best,udang pun best..