Thursday, April 7, 2011

Menu Utk Tetamu(Part 2) ..


Assalam semua,ni last part menu utk tetamu yg datang ritu.Aku watkan apam snow white(yg dah jadi apam rona roni)n Puff sardin..Mula tu igt nak wat apam labu,tapi dek kerana kesuntukan masa,so aku wat ajer apam nih,coz xyah nak tengok resepi bagai(resepi dah da lam kepala otak,coz baru wat ajer..Pasni mesti da yg kata aku dah xtau wat benda lain,ashik menu ulangan ajer,Ah lantak lah,laki aku pong xckp pa n berselera jer mkn,apa aku nak peduli org lain kta pa kan,hehe..Jamu mata ajer yer,apam n puff nya udah abis ya..Resepi di bawah utk half adunan,kalo nak tgk versi full,tgk di sini ya..


*Perap lebih dari 2jam,sbb tu kut senyum lebar jer apam nih,ahaks..Kali nih wat juga kale biru,pstt kak sue,yg kale biru tuh utk akak yer,ngee..

Bahan-bahan Apam:-

* 1 1/2 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula pasir
* 1/2 paket mauripan @ ibu roti
* 1 cawan nasi
* 11/2 cawan air
* 1/4 biji kelapa parut putih + sedikit garam


Cara-cara

* Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
* Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
* Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
* Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
* Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
* Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana.


Puff ni pong slh satu menu yg sedap n cepat kan,hehe..Nnti g tesco kena beli lagi stok puff nih,dah nak abis..

No comments: