Thursday, March 31, 2011

Nasi Ayam Madu Lada Hitam


Hari ni utk lunch aku masak nasi ayam ajer,dah lama xmasak nasi ayam,hubby mmg suka sgt,kalo ari2 masak nasi ayam pong xper agaknye,ngee..Alhamdulillah,Syok sgt nengok hubby aku mkn ngan begitu selera sekali,abis sepinggan diatas dia ngap,b4 tuh aku dah tambah lagi nasi lam pinggan tuh utk dia..Pastu ayat dia kalo sedap tu,mcm besa lah,"sedap2 leh buka kedai nih,nnti kita buka kedai noh"Komen ikhlas dari insan tersayang,sebelum dtanya sedap ka x lagi mmg rasa syok sgt..Kejadian nasi ayam nih sbb,bebaru nih da nmpk kak madihaa buat,klmarin lak nmpak kak nieza buat nasi ayam hainan,mula tuh igt nak wat nasi ayam hainan jer,tapi takut hubby xsuka lak,so aku wat nasi ayam madu resepi kak dayang ni ajer..Utk ayam aku guna resepi kak dayang,nasi,sup,kicap,aku copy resepi kak madiha,coz sama jer ngan aku masak tadi n aku edit ckit ikut cara aku..Tengs ya utk akak berdua atas resepi nih..




Ayam Madu Lada Hitam
Sumber : Dayang Jack
Sumber Resepi:-Kak MaDiHaa
bahan-bahan :

* 1 ekor ayam (dipotong empat)
* 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
* 1 inci halia (dikisar)
* 3 ulas bawang putih (dikisar)
* madu secukupnya
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
* 1-2 sudu besar kicap pekat
* garam secukup rasa

Cara-cara :
Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa. (Aku n Kak MaDiHaA panggang je dalam oven).

Nota MaDiHaA: Bahan2 lebihan perapan ayam jangan dibuang... simpan untuk dibuat kicap nasi ayam nanti.



Nasi Ayam
Sumber :Kak MaDiHaA a.k.a Ratna

4 pot beras
6 ~ 7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras *Aku masak 2cawan beras+2 1/4 cawan air
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji(Aku letak garam+1sdb madu+1sdb sos tiram)
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta (Aku guna butter)
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, sos tiram n madu, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit butter dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.



Sup
(Aku hanya wat sup kaki ayam simple,Tumis bawang putih+merah+halia kisar,letak air rebusan ayam+serbuk pati ayam,pastu letak carrot n kaki ayam,Pastu leh la letak daun bawang daun sup n bawang goreng sebagai hiasan pelengkap).Hubby mmg suka kaki ayam,sbb tuh la aku wat ajer sup nih,caret lak blh nana mkn..Tdi hubby aku punya la ratah kaki nih..Mmg licin..



Sambal cili

*Cili merah
*Cili padi
*Bawang Merah+putih
*Halia
Sos cili
Jus limau nipis
Madu&garam secukup rasa


Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato,

*

Wednesday, March 30, 2011

Pau Gebu Water Roux


Assalam n selamat pagi semua,dah bf ka..Hehe meh kita mkn pau lak..Hehe..Sebenarnya pau nih aku buat utk minum ptg kelmarin,sambil bakar kek pandan lapis kastard tuh,sambil lah aku sukat bahan masuk lam bm..Dah lama benar dia rilex,so kita kerahkan tenaga c bibik nih..Aku wat half adunan dapat lah 9biji,bagi jiran 4biji,so tinggai la 5biji..Mula2 tuh semangat nak wat pau sbb tpng pau beli time peknen lagi baru guna 1kali jer wat pau,da byk lagi,sekali klmarin tgk2 dah exp date ujung bln jan lagi,huhuhu..So amk inisiatif sendiri guna tpng superfine yg dah lam gak beli,tapi xbuka lagi,huhu,nmpk sgt aku nih malas masak kan..Dari segi rasa mmg sedap dah n lembut gebu jer,tapi xla seputih melepak cam ros n kak mas buat..Xperla jnji xberkedut kerepot kat ats udah kan..Resepi pau nih aku cnp dari dapo mama daniel(bakal menantu,eh mama daniel dah setuju lom nih) yg duk shah alam ittew..


Tgh tggu naik..

*Aku wat half adunan jer.
Pau Gebu Water Roux
Resepi : Ros - Jintanmanis
Sumber Resepi:-Kak Mas Duniaku
Bahan :

* 500 gram tepung pau ( low protein flour)Aku guna tepung superfine)
* 3 sudu besar shortening @ lemak sayuran
* 220ml air suam+1 sudu kecil garam
* 3 sudu besar gula
* 2 sudu kecil baking powder - Mas letak double action baking powder(Aku pong sama cam kak mas)
* 4 sudu besar water roux
* 2 1/2 sudu kecil yis

Resepi water roux :

* 25 gram tepung gandum
* 125 ml air


Cara untuk membuat water roux :

* Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Xputih melepak,huhu..

Variasi inti bagi pau

* sri kaya pandan
* kacang merah - Mas guna inti kacang merah(Aku lak guna kentang+ayam)
* krim coklat


Inti lebihan wat karipap tuh,kentang+ayam..Ekceli kentang tuh aku sagat memanjang jer,kes malas nak potong dadu lah nih,muahaha..

Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin atau pun minyak masak bagi menggantikan shortening.

Kek Pandan Lapis Kastard


Assalam n salam sejahtera kepada semua pengunjung n teman2 sekalian..Hari ini lambat bersiaran,dek kerana bz melayan kerenah2 puteri2 tersayang,juga kerana diri ini xberapa da mood sgt,pstt majuk kat cik abe,muahaha..Adatla kan rumahtangga mana yg selalu ok jer,mesti la da pasang surut cam ombak laut dipantai cgate n sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami istri(sila nyanyi cam p ramlee dlm cite 3 abdul ya)..Sebenaqnya dah lama xmajuk2,pujuk2 nih,so menggataikan diri lar,ngee..K la berbalik pada kek nih,aku cnp resepi dari kak dayang,baru jer xsampai half hour masak n terus potong,pastu terus postkan n3,coz dah xsabaq..Aku xhias bagai mcm kak dayang,coz alasan cam besa anak2 kacau n nangis..Tapi mmg yer pong,nana tadi dah kena marah ngan aku,nyaris2 nak kenacubit dah,aku duk bz,dia pong lagi bz,duk mngutip pa yg da kat lantai n duk makan,wat mcm lapaq sangat,padahal aku dah bagi bskut la sgala macam dah,yg dia punggah n sepahkan tok sah cite lah,ishk budak ni laaa,sekbek sabaq lagi tadi..Kak dayang sayang tengs ats resepi ya,muahhhh syg akak..

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :

* 100 g tepung gandum*
* 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
* 1 sudu besar susu tepung
* 3 biji telur A
* 1 sudu besar ovalette
* 50-60 g gula kastor
* 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan



Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.



Untuk bahan kastard :

* 2 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
* 250 ml santan atau susu cair
* 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
* kelapa parut kering secukupnya

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :*Pstt tadi xperasa link ke umah kak dayang xleh buka,nih update lain,tengs kak sue coz bgtau..

1. Berpandukan gambar di bawah,sila lihat Disini ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi.
2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Pstt mek nih duk kacau sambil aku duk taip,dahla botoi susu pong dia baling,dah slp taip dah..

Tuesday, March 29, 2011

Karipap Kesukaan Semua


Assalam n selamat pagi semua,Klmarin balik dari klnik n giant tuh duk bz menggentel karipap nila,sekbek dak 2org tuh tido ngan aman sekali,tapi tinggal ckit nak abis gentel tuh dah dengar suara dak kecik nangis,punya la cpat2 n kalut jer nak siap kelim tuh..Pas kelim tuh terus goreng,coz pas siap semua pong dah kul6 dah,xsempat lak nak snap pic keratan rentas yg menampakkan inti tuh..Xperla intituh mmg wat lebih,coz rini da benda lain nak di buat ngan inti tuh,nnti kita tayang inti tuh ya,nak goreng lain karipap tuh smlm,mls lah plak,sbb dah siap simpan utk d frozenkan,ngeee.Ekceli wat karipap nih sbb syazana mmg sukaaaaaaaa sgtttt karipap@yg berkaitan ngan kentang nih,smalam karapap nih dia punya la pulun mkn,rasa berbaloi sgt bila sesuatu yg kita buat org2 yg tersayang mkn dgn begitu selera sekali,penat pong dah xterasa kan.Utk doh aku da sertakan resepi yg aku selalu guna,inti lak aku men belasah jer,jnji sedap n memenuhi anak tekak kami 1family..



DOH KARIPAP
Bahan-bahan

2 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn minyak+1sb marjerin
1 cwn air sejuk lam peti ais di campur dgn 1/2 sudu teh garam



Cara2:-
Panaskan minyak masak lepas tu tuang ke dlm tepung gaul2kan tepung dgn minyak.Bila dah rata,masukkan marjerin n gaul sampai jadi serbuk roti n masukkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.Rehatkan doh sebentar..
Canai ikut suka saiz apa yer lepas tu masukkan inti kelim tepi dgn kemas,blh la digoreng..Minyak jgn terlalu panas,nnti kulit karipap akan berjerawat,.ngee..


Yg nih goreng half masak,coz nak tnggu sejuk utk d frozenkan,stok time malas nak buat bf@minum ptg,ngeee..

Monday, March 28, 2011

Menu Lunch Tadi


Assalam mesti dah kenyang kan,dah minum petang ke belum,aku baru nak tyang menu lunch tadi,arini kebizian betoi, nih baru la sempat nak mnghadap lappy jab,b4 dak kecik bgn..Kul 2 tadi bawa dak kecik bab2 nih g cucuk utk 3bln.hubby ambk half day,p ptg2 ok ckit xda org,otw blk tuh singgah giant beli brg ckit.Blk giant bagi nenen kat dak tuh,tepuk2 bagi tdq,terus masuk office utk wat minum ptg,nih baru abis mkn ler..Lunch tadi wat masak lemak cili padi daging salai ngan pucuk ubi,ayam cencaluk,celur bendi,goreng ikan masin n wat sambal belacan,pergh mkn nasi xhengat donia,org kata kalo mak mertua lalu belakang pon dah xnmpak la,mmg la xnmpak dah lalu kat blkang kan..ngee..Pernah nmpak kak mas wat masak lemak camni gak dulu..Arini baru berkesempatan nak try resepi nih..Mcm resepi aku selalu gak la,cuma yg bezanya daging tuh d salai,1st time gakla wat masak lemak menggunakan daging,mmg sedap sgt,akan diulang lagi di lain hari..Aku just bakar@salai lam oven jer daging nih..K la resepi nih aku cnp dari dapo kak ina,tengs kak ats resepi ye..


Pstt,pucuk ubi segar dari depan umah ya..

Sumber Resepi :- Kak ina kl
Bahan-bahan

* 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap..lagi lama lagi sedap tau..
* 15-20 biji cili padi kampung
* 1 1/2 inci halia
* 1 1/2 inci kunyit hidup
* 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
* 1/2kg/500ml santan pekat
* 600ml air
* 2 batang serai-dititik hujungnya
* 1 asam keping
* 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
* garam dan serbuk kunyit secukupnya


Daging pas klq oven..

Cara-cara
1. Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2. Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
3. Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4. Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi yang telah direbus dan daun kunyit.
5. Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6. Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.


Ayam cencaluk yg sodap,dah 2 kali wat ayam nih,resepi disini ya..


Menu lunch kami tadi,minum gak air sirap,pergh lagi la rasa cam duk kg kan,ngee..

Tima kasih atas kunjungan anda semua ke blog cokia ni ya..Segala komen amat2 la di alu2kan..

Sunday, March 27, 2011

Udang Celup Tepung

Assalam semua,arini cuaca kat penang ok jer alhamdulillah cerah jer,kemarin kedinginan coz ujan 1 ari..Meh kita makan udang celup2,cicah2 yuk..Sedap nih,aku wat half kg udang..Nana pong sampai xmnyempat nak suap,dia mmg hantu udang n ketam..Hubby n aku pong pulun gak,sampai syifa nangis pong wat dek dulu,lagi xkenyang,muahaha..Hubby tanya tadi,eh udang nih masak pa yer,aku cakap la udang celup tepung,nape sedap ke x?Hubby jawab saja tanya,erm sedap,aku pong kata la ala udang celup tepung yg mcm kita duk mkn kat kedai tomyam tu la,kalo mkn kat kedai tuh bape ekoq jer dah bape hinggit.Yg nih mkn sampai sendawa n kent*t pong bau udang,ahaks..Resepi aku amk kat dapo kak maz yg suka masak xsuka mkn tuh..Maceh lah ats resepi yer kak maz..Daa, nak g solat maghrib dulu..


Sumber Resipi : Kak Maz Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)

* 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je(Aku xkira lak bape ekoq,tapi half kg juga la)
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* sedikit garam (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)(aku letak kiub pati ayam)
* 1 sudu besar minyak masak(Aku xletak)
* sedikit daun sup - dicincang halus(aku letak daun bawang)
* sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
* air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan(aku letak 1cawan)
* minyak untuk mengoreng
Utk half kg udang yg aku buat,mmg ngam2 jer ngan 1adunan nih..



Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan(aku terus jelup jer,nak cepattt,ngee)

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...

Saturday, March 26, 2011

Jeruk Oh Jeruk,Fuhh Sedappppp..Aiikk Syifa n Syazana Pong Daa..


Assalam semua,weekend biasa lah kan,hari utk bersama laling n anak2 terchenta,dah memalam buta nih,baru lah free ckit,aikk free,kain baju da berbakul xlipat lagi tuh kata freeee,ngee..Owh yg tuh,nnti2 lah,ngeh3..Tadi ptg dah kul 5lbh dah hubby ajk,g mkn kat sg nibung,mkn mee jer pong,xda mkn yg spesel pong,pastu sementara duk nunggu mee yg punya la ramai org nak mkn ntggu Q tuh,sempat la aku beli jeruk yg mmg femes kat pulau mutiara nih,Kalo kat sg nibong nih yg best nyer jeruk kat situ,sbb mmg di usahakan oleh bumiputera@org islam kita yg namanya Pak Ali,kalo kat bazar ....yg pemes tuh mmg majoritinya ialah penjual n pembekal cina,so kalo agk was2 g la beli kat pak ali yer..Jeruk nih xda lak sedak2 tuh,kkdang bila mkn jeruk nih,da batuk2 n sedak2 kan,tapi standart la jeruk yg beli mmg manis lah,kalo wat sendiri leh la kurangkan manis lam makanan n tambahkan manis dlm senyuman kan..Dah namanyer pong jeruk madu pak ali,mesti lah manis kan..

Jeruk nih pernah masuk paper n lam tv9 time sua rasa baru2 nih sbb org islam yg mengusahakanya..

Aku beli 5 jenis jeruk,1jenis aku beli rm2,kira semuanya lam 1tapawe aiskrim tuh rm10 lah..Pelam kuning,salak madu,amra(kedondong),kelubi,n anggur kecik(feberet hubby)..

Beli juga kuah rojak mak bee,sedap weh,byk kacang lam tuh..

Tadi mkn kuah rojak mak bee nih ngan sengkuang yg dah lama duk bertapa lam peti tuh jer..



Saja nak selit pic dak kecik bam bam nih,selalu jer dak nih jadi mangsa org yg xpandai melihat kesahihan jantina nya,selalu kenna tegur kata dia nih dak laki,dressing lah camner pong,ritu g kenduri pakai baju kurung pong org leh kat dia dak laki,smpkan da sorang makcik tuh tegur kat aku,eh dah sepasang lah yer,yg adik nih lelaki,aku pong dgn nada yg tergejut n nak marah la gak,sambil muka tersenyum jawab,eh xlah,yg adik nih pong pompuan gak,grrr..Da nmpak cam laki sgt ke c syifa nih eh..?Sian ank ummi kan,dahla ramai yg duk kata eh yg adik nih gelap ckit pada kakak noh,erm bagi aku,nak ank putih melepak gebu camner,kalo ummi n abah pong xmelepak mana,yg penting,anakaku tuh sihat walafiat n xcacat cela pong dah kira syukur sangat dah.Bkn lah nak marah n xleh terima kata2 org yg ank kita gelap,tapi terasa la juga,coz kita nih yg penat2 push diorang nih pong xkata apa,sapa depa tuh nak mengata lebih2 kan..K lah nak sejuk kan hati ngan mkn jeruk yg telah di letak lam peti ais..




Syazana@nana yg sentiasa menjadi kesayangan ummi n abah,walaupong dah kena kongsi kasih sayang ngan adik,anak ummi skang nih dah pandai,kalp adik syifa nangis,dia pong kalut jer tanya awat2,then tepuk2 adik sambil kata lak ila,lak ila,sbb selalu duk dengaq ummi kata Lailahaillallah time nak bagi syifa tidur,best sgt ummi n abah dgq nana sebut walaupong dgn pelat2 yg tersendiri,ngee..Moga anak2 permata hati ummi n abah ini membesar menjadi anak yg solehah,taat perintah Allah n Rasul&berjaya dunia n akhirat ya nak yer,doa ummi sentiasa ada buat anak2 ummi yg tersayang,InsyaAllah sehingga ke akhir hayat ummi..

Tima kasih semua yg sudi membaca,melihat,tinggak komen n singgah sini ya..Anda semua mmg best n sportinglah,ngee..Daa jumpa lagi..

Friday, March 25, 2011

Apam Snow White Berinti Kastard


Assalam semua,dah bf ke..Jom bf ngan apam yg versi derhaka yg da inti kastard jom..Ujan2 nih best jer ngap apa pong..Sebenarnya kastard ni lbihan dari kek yg meletop n puff aritu,ngee..Arini sesaja gatai g letak inti kat dlm apam nih,hasilnya,mmg meletop n sedap ok,hubby aku yg mmg penggemar apam nih hentam bykla juga,aku xsmpat nak kira,coz aku g hntaq apam kat umah jiran sebelah,masuk2 jer aku tgk dah tinggai 3ketui jer,akceli aku wat half adunan jer,bagi kat jiran 5biji,yerla depa berdua jer,g pong org tua2 mana mkn byk sgt kan.ngee..Aku xsmpat nak kira lak aku wat bape biji,tapi yg pastinyer,hubby aku kata sedapppppppppp..Pastu yg tnggai 3 biji tuh aku ngap sebiji,lagi 2 pong dia tibai,muehehe..Seingat2 aku la,aku mkn 3 biji jer,tuh pong dah termasuk suap nana,aku mmg bkn penggemar apam..Kalo nak tgk apam versi biasa,klik disini ya..



Bahan-bahan Apam:-

* 1 1/2 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula pasir
* 1/2 paket mauripan @ ibu roti
* 1 cawan nasi
* 11/2 cawan air
* 1/4 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

* Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
* Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
* Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
* Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
* Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
* Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana


Keratan rentas apam,yg leleh2 kale ijo tuh kastard yer puan2,ngee..

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (Aku letak susu sejat+air ckit)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla(AKU XLETAK,COZ GANTIKAN NGAN PANDAN PASTE N PEWARNA HIJAU)

Nasi Goreng Jer Utk Lunch..



N3 roti lapis kat bawah nun post sampai bape kali,sorry la yer,internet problem tadi..Nih nasi goreng lunch tadi,aku cnp resepi mat gebu jer,mmg selalu gak wat nasi goreng camni,k da,dah xsempat dah nak panjang lebar,handbag2 duk kacau nih,dah la xmo tdq dak ber 2 nih arini,huhu,nnti free aku bwn reply komen2 ya,maaf semua,daa.
Sumber resepi:-Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
6 batang kacang buncis, hiris halus
1 biji telur, pukul sedikit
4 ekor sotong, hiris
2 batang jejari ketam, didadu
1 keping meat loaf ayam, dicarik kecil
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji red capsicum, didadu(Aku xletah,hubby xsuka sgt)
1 camca besar cili kisar
1/2 kiub ikan bilis "majggi"
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Hirisan cili padi untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis, kacau rata. Masukkan kacang buncis, red capsicum, sotong, jejari ketam dan meat loaf ayam tadi, kacau.
2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar masak, kacau hingga hancur, masukkan nasi dan gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga nasi kelihatan kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili hiris dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Roti Lapis Daging Bercheese



Assalam semua,wah arini hujan jer,sejak dari semalam ujan,berhenti sekejab,hujan blk,alhamdulillah ujan2 nih best gak xyah nak siram pokok dah,chewah mcm la byk sgt pokok nak kena siramkan..Semalam xblogging langsung,coz sakit kepala,maybe sbb kurang tidur kut,yerla 2 3 ari lepas mcm ssh nak tiduq jer,pastu duk wat projek xperimen kek la,ngan anak2 la,huhu mcm2,so mlm tadi pas ishak n syifa tiduq,lam kul 10lbh tu jer telan panadol 2biji terus tidur..Rini pong pas hubby g kja,continue tdq lagi,haha,tdq xhengat dunia,coz dah bgtau hubby awal2 nak wat nasi goreng jer utk lunch arini,hehe..k la roti lapis nih menu minum ptg klmarin,layan gambar la yer,resepi sempoi2 jer,lbhan daging kisar wat pizza aritu,tambah crabstick ckit,biskut nih ekceli maklong hubby bawa time tgk aku bersalin aritu,xmkn2 lagi,klmarin baru la di buka,tuh pong da lagi 3/4 bungkus..


Hubby kata wah cam lasagna versi tekak melayu,ngee,mmg pong bila dah letak mozarella cheese n picit cheezy sauce tuh,mmg alal2 lasagna ler,fuhh sdp sgt..

Thursday, March 24, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas,Ayam Goreng Berempah&Sambal Sotong ,terangkat...



Assalam semua,dak berdua tuh dah tiduq,fuhh lega,sempat kjab blogging,layan gambar dah la yer,tuan umah malas nak letak resepi,resepi sendiri yg sempoi2 jer,yg penting SEDAP..ngee..Arini masak semua letak daun pandan,ambik kat pokok 2helai jer,tapi panjang n besar lak daunnya(aikk jgn otak blue n pikir merapu ok),so letak ajerla kat semua masakkan tuh,mmg best ok,sbb harum semerbak..Malas nak buat acar timun bagai,so makan juga ngan acar buah yg mak sedara bagi,mmg terangkat,ekceli dia mmg berniaga acar time bulan posa n org tempah utk kenduri2..


Custard Teacake Versi Penang




Assalam semua,alhamdulillah bertemu lagi di pagi khamis,arini aku pong nak tayang gak la kek yg tgh meletop de bombastik nih..Pas tengok seantero blog duk tayang kek leleh nih,sampai ayaq liuq dah terleleh dah nih,ashik jamu mata jer,tekak pong minta di jamu gak,so aku pong merajinkan diri utk menggodek kek nih,besa lah mlm2 ckit baru freeeeeeeee yg amattttttt sangatttttttttt nak wat pepun,pas dak berdua nih di buai mimpi nan indah..Muehehe..Kul 1 lbh gakla tiduq tadi mlm,yerla pas siap bakaq tuh,clearkan singki bgai,pastu bagi dak kecik tuh nenen seksiap,coz xpayah dah aku nak bgn kul 2@3 lakutk bagi dia nenen,ngee..Ptg tadi masa aku buat puff tuh,mmg aku dah wat 2adunan seksiap utk kastard,so mlm nih barulah tinggal nak godek kek aje..Bagi tekak aku la,kek nih mmg sedap,coz semua rasa da dlm kek nih,manis,lemak,masin n yg paling penting nak buat senang,pstt teluq pong guna 1biji jer,ngee,tu yg aku suka sgt,nak save la konon2 nyer,hehe..Ok lah resepi aku cnp dari cmg ajer,tengs cmg..
*Opss aku wat 2 layer gak,bahagian bawah campur coklat emalco,cam kak dayang,ngee..


Versi belum bakar..

Resepi Asal:-Kak ida 1001 resepi
Sumber Resepi:-Cmg

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla


Versi pas siap bakar,tgh tggu sejuk jab,b4 kena ngap..

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla(AKU XLETAK,COZ GANTIKAN NGAN PANDAN PASTE N PEWARNA HIJAU)


Kek nih aku letak dalam peti ais jer,mlm tadi,kalo letak dlm peti,kastard dia xleleh2 ler,ngee..

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Wednesday, March 23, 2011

Banana Custard Puff


Nmpak kat DTS semalam cmg wat blueberry,aku nya bluberi filling dah yillek coz wat baldu merah aritu,so derhaka ckit tukar kepada banana,custard lak aku letak pandan paste n kale ijo ckit,nak bagi lawo ckit puff nih,kalo x,xbangkit sangat,coz pisang pong kale kuning..k lah xnak celoteh panjang dah,daa,selamat menjamu selera..

Sumber Resepi:-Cmg Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping puff pastry jenama KAWAN, saiz 4 inci x 4 inci
Custard secukupnya,
Blueberry filling secukupnya
Telur untuk disapu atas pastry
Sedikit snow powder @ gula aising



CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ambik sekeping puff pastry, potong 4, ambil satu bahagian, potong seperti dalam gambar, kemudian lipat seperti ditunjukkan hingga menjadi bentuk kipas. Susun dalam dulang pembakar, buat kaedah sama untuk selebihnya. Sapu telur dan bakar pada suhu 190C selama 15 - 20 minit, dan jika oven ada ada fungi kipas, boleh "on" kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan .
2. Isi custard tadi dalam piping beg, paip kan ditengah2 pastry tadi, sudukan sedikit blueberry filling atasnya. Buat hingga siap, ayak sedikit snow powder atau gula aising atas setiap pastry tadi....Boleh hidang kann....


Aku nyer puff versi kalut sokmo,aku xtekan kuat ckit kat ujung tuh,pas bako dia terbuka ckit,papun hubby aku kata sedap n suh wat lagi ok..Mmg akan di ulang lagi nanti,ngee..