Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Wednesday, March 2, 2011
Daging Goreng Berlada
Lauk nih aku masak ari isnin baru nih,ni baru nak poskan n3 ni..Sebenarnya slalu gak aku wat daging lbh kurang mcm nih,tapi kali nih menggunakan resepi dari kak hana,alhamdulillah sedap n hubby mmg suka daging goreng camni..Aku kalu masak daging goreng kunyit pong,mmg sllu rebus daging dulu pastu hiris nipis n gaul garam kunyit,pastu baru goreng,sbb hubby aku xsuka daging goreng kunyit jenis basah2 tu,mcm2 betoi la laki aku nih kan..K la zass tgk resepi dlu eks,aku angkut kat umah kak hana..
RESEPI DAGING GORENG BERLADA
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
* 500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
* serbuk kunyit dan garam
* *5-6 tangkai lada merah - bleh campur lada kering
* *4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing2
* *4 biji bawang merah
* *2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
* 1 inci halia ketuk
* sedikit jus limau atau air asam jawa
* garam dan sedikit gula@perisa (optional)
Cara-cara
* Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
* Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar@tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa@jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api.
* Hidangkan dengan nasi putih hangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum..
i like!!! ada lagi tak?
sedap tu daging berlada..mmg peberet..ape2 je yg goreng berlada mmg x tolak..hehe..
Kak Sam,
Wsalam kak sedap kan daging nih,akak pun dah pernah buat homework ni kan..hehe..
N00rsha,
Tq sudi singgah blog saya yg xseberapa nih,Tula daging ke paru kalu masak cenggini mmg best kan..
Post a Comment